web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin Penting Untuk Keselamatan Harimau Malaya - FAM

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 4:20PM

Stuart Ramalingam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Suntikan vaksin adalah penting bagi keselamatan skuad Harimau Malaya untuk menyertai saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.

Biarpun ia tidak diwajibkan oleh negara berkenaan, namun ia sebagai langkah bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku dalam usaha anak buah Tan Cheng Hoe mengejar impian beraksi di pentas Piala Asia setelah gagal layak dalam tiga edisi terdahulu sejak penganjur edisi 2007 bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Kali terakhir Malaysia layak ke saingan tertinggi peringkat benua itu di Kuwait pada 1980 menyaksikan skuad negara tersingkir di peringkat kumpulan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata pihaknya tidak mahu insiden tidak diingini berlaku kepada skuad negara yang dijangka berlepas ke Bahrain pada 19 Mei ini untuk mengharungi dua aksi persahabatan sebelum ke Dubai, UAE bagi menyambung kembali kempen kelayakan tergendala sejak awal tahun lepas akibat pandemik COVID-19.

“Vaksin ini diambil sebagai perlindungan buat pasukan. Kita tidak mahu apabila kita tiba di sana, hilang separuh daripada pasukan. Kalau kita lihat pada saingan ACL (Liga Juara-juara AFC) tahun lepas, beberapa pasukan terpaksa tarik diri kerana ada kluster dalam pasukan.

“Vaksin adalah bagi memastikan keselamatan pemain yang akan merantau dan juga apabila kita sampai ke Dubai nanti kita tidak ada kerisauan kluster dalaman. Ia adalah pilihan dan sangat penting, kalau tidak kita dalam satu situasi yang ada risiko tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM di sini hari ini.

Bagaimanapun, Stuart berkata pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam usaha mendapatkan vaksinasi buat skuad Harimau Malaya.

“Saya yakin Datuk Seri Reezal dan pihak KBS akan buat terbaik untuk kita, kita beri sedikit masa untuk KBS buat kerja dan menteri sendiri memang banyak menyokong perkembangan dan pembangunan senario bola sepak tempatan.

“Ada beberapa pelan gantian, kita tunggu dulu pengumuman menteri. Selepas itu, kita beritahu apa pelan gantian kita (sekiranya tidak mendapat vaksin),” katanya.

Selepas program vaksinasi kumpulan pertama atlet dan pegawai yang terlibat dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo semalam, Reezal Merican berkata KBS tidak dapat memberi jaminan buat skuad bola sepak kebangsaan untuk mendapatkan suntikan sebelum berlepas ke Timur Tengah.

Sementara itu, Stuart berkata skuad Harimau Malaya yang dijadual kembali berkumpul pada 16 Mei, akan mengadakan aksi persahabatan menentang dua pasukan dari Timur Tengah, dengan perlawanan berdepan Bahrain sudah disahkan, manakala satu lagi hanya menunggu surat pengesahan.

Beliau berkata kedua-dua pasukan itu dipilih sendiri oleh Cheng Hoe mengikut kesesuaian menjelang aksi menentang UAE pada 3 Jun, diikuti Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lawatan Ke Bahrain Bantu Nilai Hubungan 2 Hala 2 Negara - PM

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad