web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stadium Sultan Ibrahim Dipilih Tuan Rumah Spartan Stadion

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 4:23PM

Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai tuan rumah acara Spartan Stadion yang pertama di Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat sejarah baharu apabila Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai tuan rumah acara Spartan Stadion yang pertama di Malaysia.

Kelab itu dalam satu kenyataan memaklumkan acara itu melibatkan perlumbaan sejauh lima kilometer dengan 20 rintangan, dan akan berlangsung pada 3 dan 4 Sept depan.

Menurut  kenyataan itu, pemilihan stadium ikonik yang mendapat anugerah “Stadium of the Year” oleh StadiumDB.com membuktikan kemampuan JDT dalam menarik minat dan kolaborasi dengan pelbagai lagi jenama antarabangsa.

Sebelum ini, beberapa jenama antarabangsa sudah menjalin kerjasama dengan kelab berkenaan, termasuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Nike, Hublot, Swag Electric Vehicle dan Subway.

“Kerjasama dengan jenama antarabangsa memperluaskan lagi nilai dan pendedahan jenama JDT ke peringkat global dan ini menjana pendapatan diperoleh melalui penajaan kerana semakin besar jenama JDT, semakin besar pulangan pelaburan bagi penaja,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, JDT juga percaya bahawa acara Spartan Stadion itu akan memperkukuhkan lokasi Stadium Sultan Ibrahim di peta dunia memandangkan ia dijangka menarik perhatian peminat dari dalam dan luar negara.

Spartan Stadion merupakan satu daripada sembilan acara sukan dianjurkan oleh Spartan Race - sebuah platfrom sukan ekstrem yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2007 sebelum berkembang ke lebih 30 negara. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad