web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Pembangunan Sukan Catat Pertambahan Peruntukan RM85 Juta

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 7:00AM

Gambar fail

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan prasarana dan penyelenggaraan semua kemudahan sukan bakal digerakkan secara lebih agresif, serentak dengan peningkatan jumlah peruntukan seperti dibentangkan pada Bajet 2023 di Dewan Rakyat, di sini semalam.

Peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan itu menyaksikan sejumlah RM374 juta bakal disalurkan, iaitu peningkatan sebanyak RM85 juta berbanding RM289 juta yang diperuntuk tahun lalu.

Pada pembentangan semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik sebagai berkata, jumlah tersebut mencakupi RM145 juta yang dikhususkan untuk pembinaan, kerja baik pulih dan penyelenggaraan semua fasiliti sukan seluruh negara.

Menurut beliau, sejumlah RM154 juta lagi bakal disalurkan kepada aspek pembangunan ekosistem sukan, yang antara lain meliputi pencarian bakat baharu, program latihan dan menaik taraf kemudahan.

“Sebanyak RM20 juta dikhaskan bagi membuka peluang belia terlibat dalam sukan pemotoran bergiat di platform yang betul melalui pembangunan litar drag.

“Kerajaan juga menyediakan RM13 juta untuk pembangunan e-sukan dan memberi potongan cukai ke atas individu yang menyumbang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi ketika dihubungi The Vibes berkata, pertambahan jumlah peruntukan tersebut adalah bukti bahawa pembangunan arena sukan diberi perhatian sama rata oleh kerajaan dan tidak pernah dipinggirkan.

Mengakui gembira dengan perkara itu yang disifatkan sebagai satu khabar baik, Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja berkata, cabang sukan yang begitu luas menuntut perhatian dan bantuan menyeluruh semua pihak.

“Sukan bukan hanya sekadar berkisar kepada perkembangan atlet atau kemudahan latihan semata-mata, tetapi ia turut meliputi aspek kesejahteraan kerana ia membawa kepada pembentukan gaya hidup sihat.

“Kerana itu, kerajaan mengumumkan peruntukan berjumlah RM15 juta bagi membantu rakyat mengurangkan kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) menerusi pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, beliau optimis perhatian diberi kerajaan akan membantu rakyat memahami dengan lebih terperinci kepentingan sektor sukan terhadap aspek pembangunan secara keseluruhan.

Turut menerima peruntukan yang signifikan adalah pembangunan sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan pengkhususan sebanyak RM12 juta.

Tengku Zafrul dipetik sebagai berkata, kebajikan atlet akan terus terpelihara dan sejumlah RM5 juta bakal disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk tahun depan dan selanjutnya.

“Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi menunjukkan, satu daripada dua individu dewasa mempunyai berat badan berlebihan malah kita juga kekal juara sebagai negara paling obes di ASEAN.

“Ini adalah isu kesihatan awam yang perlu diambil berat, justeru kerajaan akan terus memupuk gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan peruntukan RM15 juta,” katanya.

Sementara itu, program Hari Sukan Negara dan Jelajah Fit Malaysia bakal diteruskan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

“Esok (hari ini) ialah Hari Sukan Negara, jadi kerajaan menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk meluangkan sedikit masa beriadah demi memupuk gaya hidup lebih sihat,” katanya. - The Vibes, 8 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad