web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyertaan Binder Langkah Bijak - Razlan

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 1:56PM

Binder menjulang trofi di atas podium di GP Doha. - Gambar dari Petronas Sprinta Racing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba Kejuaraan Moto3 Darryn Binder telah memberi impak segera sejak kemunculannya bersama Petronas Sprinta Racing baru-baru ini.

Binder menaiki podium berturut-turut pada dua perlumbaan pertama musim 2021 setakat ini setelah berjaya menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan pembukaan musim 2021 di Grand Prix (GP) Qatar pada Mac dan meneruskan prestasi baiknya dengan muncul tempat kedua dalam GP Doha awal April, kedua-duanya berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team Datuk Razlan Razali berkata penyertaan pelumba Afrika Selatan ke dalam pasukannya musim ini terbukti sebagai langkah bijak.

Razlan berkata sasaran berikut pasukannya ialah untuk membantu membentuk Binder, 23, menjadi pelumba utama apabila musim perlumbaan melabuhkan tirai November ini.

“Kami sangat gembira dengan prestasi Binder. Namun, kami perlu berhati-hati dan menyertai perlumbaan pada satu-satu masa kerana masih awal untuk meramalkan apa yang akan terjadi di masa depan tetapi kami tahu apa yang dia mampu kerana dia memiliki kekuatan dan motivasi untuk menjadi pelumba yang berjaya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Binder, yang sebelum ini pelumba pasukan CIP Green Power, menandatangani kontrak selama setahun dengan Petronas Sprinta Racing pada September lepas bagi musim Kejuaraan Moto3 2021.

Mengulas mengenai prestasi kurang memberangsangkan Jake Dixon dan Xavi Vierge dalam Moto2, Razlan mengakui cuaca di Qatar telah memberi kesan kepada mereka.

“Keadaan di Qatar berangin dan berdebu dan saya percaya keadaan itu mempengaruhi perlumbaan mereka,” tambahnya.

Bagaimanapun, Razlan optimis dan berharap pasukannya akan melakukan dengan lebih baik dalam perlumbaan akan datang, MotoGP Portugal 2021 di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, yang dijadualkan diadakan pada 16 hingga 18 April.

Pelumba Britain Dixon menduduki tempat ketujuh di GP Qatar sebelum ketinggalan jauh ke tempat ke-19 di GP Doha pada minggu berikutnya.

Vierge, pelumba dari Sepanyol, terpaksa keluar daripada beraksi setelah pusingan keenam di GP Qatar sebelum berjaya meningkatkan prestasinya dengan menduduki tempat kelapan di GP Doha. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Antara Qatar Dan Jordan, Siapa Bakal Bergelar Raja Asia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad