web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Ambil Iktibar Rusuhan Perlawanan Bola Sepak

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 9:00AM

Angka kematian akibat rusuhan pada pertembungan 'derby Jawa Timur' antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, meningkat kepada 174 - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Malaysia perlu mengambil iktibar tragedi berdarah yang mengorbankan lebih 150 orang dalam rusuhan selepas perlawanan bola sepak di Indonesia pada Sabtu lepas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kejadian rusuhan hingga mengakibatkan kehilangan nyawa di negara jiran itu amat mendukacitakan.

"Kita ucap takziah kepada kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya dan mendoakan mereka yang terkorban.

"Malaysia akan mengambil iktibar daripada kejadian ini dan kita belajar bagaimana untuk mengelakkan perkara ini berlaku bukan sahaja di sini tetapi kita harap ia tidak berlaku di mana-mana," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam dan Dana Pilihanraya PRU-15 PAS Perak di sini malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dan Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad.

Ahmad Faizal berkata pihaknya akan menghubungi rakan sejawat di Indonesia bagi memberikan bantuan yang boleh disediakan susulan insiden buruk itu.

Angka kematian akibat rusuhan pada pertembungan 'derby Jawa Timur' antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, meningkat kepada 174, demikian menurut Agensi Anadolu (AA) memetik Ketua Polis Jawa Timur Nico Afinta semalam.

Selain itu lebih 100 orang turut cedera dalam insiden itu, dan mereka sedang dirawat di lapan hospital.

Sebuah video yang dikongsi di media sosial menunjukkan peminat, berpakaian merah dan biru, menyerbu padang selepas Arema tewas 2-3 kepada Persebaya Surabaya dan bertembung dengan pasukan keselamatan.

Selepas penyokong pasukan tuan rumah yang kalah menyerbu padang, pegawai melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka, sekali gus mencetuskan rempuhan dan kes sesak nafas.

Berikutan insiden rusuhan itu, Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) mengambil keputusan menggantung saingan Liga Indonesia selama seminggu, selain dilapor telah mengharamkan Arema daripada menganjurkan perlawanan di laman sendiri sehingga penghujung musim. - Bernama

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad