web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebangkitan Babak Kedua United Benam Spurs

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 8:16AM

Cavani menanduk gol kedua United menentang Spurs pada 11 April. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester United bangkit dengan garang di babak kedua untuk membenam Tottenham 3-1 awal pagi tadi, sementara West Ham pula naik ke tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris selepas dua gol Jesse Lingard membantu The Hammers menundukkan Leicester 3-2.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer itu ketinggalan 1-0 pada babak pertama selepas Son Heung-min membuka jaringan di separuh masa kedua, namun gol-gol hasil jaringan Fred, Edinson Cavani dan Mason Greenwood di babak kedua memastikan tiga mata untuk United.

Kemenangan ini membalas kekalahan 6-1 United kepada Tottenham di laman sendiri, Oktober lepas.

“Kami beraksi dengan baik dalam babak kedua.

“Pasukan ini menunjukkan perwatakan yang baik untuk bangkit daripada ketinggalan pada babak pertama,” kata Solskjaer.

Kekalahan ini menjadi tamparan hebat kepada cita-cita Tottenham untuk menamatkan musim di posisi empat teratas.

Mereka kini berada di tempat ketujuh, enam mata di belakang West Ham, dan terdapat spekulasi bahawa pengurus Jose Mourinho serta bintang Harry Kane akan meninggalkan Tottenham di penghujung musim.

“Cara kami memulakan permainan adalah satu pujian kepada saya.

“Kemudian apa yang terjadi ketika permainan sedang berlangsung di mana kami kehilangan mata daripada posisi yang baik ialah satu perkara yang saya tidak selesa untuk dibincangkan dengan media,” kata Mourinho.

“Apabila kita melihat jadual liga dan jurang ke empat teratas di liga, kita tahu ia sesuatu yang amat sukar, tapi tidak mustahil.

Di Stadium London, Lingard menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk meneruskan prestasi menakjubkannya sejak berpindah daripada Manchester United secara pinjaman ke West Ham pada Januari.

Pemain berusia 28 tahun itu umpama mendapat nafas kedua dengan The Hammers, menjaringkan lapan gol dalam sembilan penampilan sehingga membolehkan beliau dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan England.

Jarrod Bowen pula menjaringkan gol ketiga West Ham tidak lama selepas babak kedua bermula.

Manakala Kelechi Iheanacho menjaringkan dua gol sagu hati buat Leicester pada 20 minit terakhir permainan.

Sementara itu Jacob Murphy dan Allan Saint-Maximin menjaringkan gol buat Newcastle untuk memastikan kelab itu terus menjauhkan diri daripada zon relegasi selepas mengalahkan Burnley 2-1.

Gol tunggal Burnley dijaringkan oleh Matej Vydra.

Sheffield United mungkin tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris seawal minggu depan selepas dibenam 3-0 di laman sendiri oleh Arsenal.

Alexandre Lacazette membuka jaringan dan di tambah oleh Gabriel Martinelli sebelum penyerang Perancis itu melengkapkan jaringan di babak kedua. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 minit yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar