web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bermain Dengan 10 Pemain Tidak Halang Leeds Kejutkan City

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 8:55AM

Dua jaringan daripada Stuart Dallas bantu Leeds benam City. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester City dikejutkan oleh Leeds dengan kekalahan 2-1, meskipun Leeds bermain dengan 10 pemain, sementara Liverpool menamatkan rentetan kalah enam permainan berturut-turut di Anfield selepas jaringan lewat Trent Alexander-Arnold menghadiahkan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa.

Sementara Chelsea kembali mendahului Liverpool dalam persaingan untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah apabila membenam Crystal Palace 4-1 di Selhurst Park. 

Jaringan lewat Stuart Dallas pada masa kecederaan memaksa City mencari 11 mata daripada baki enam permainan untuk merangkul kejuaraan liga.

Ini adalah kekalahan keempat musim ini bagi peneraju liga itu dan ia hadir selepas Pep Guardiola membuat tujuh perubahan berikutan kemenangan City ke atas Borussia Dortmund pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Dengan Kevin De Bruyne memanaskan bangku simpanan di Stadium Etihad, City menghidangkan persembahan hambar dan Leeds mengambil kesempatan untuk melonjak ke tangga sembilan liga dengan kemenangan ini.

“Kami tidak mencipta peluang yang cukup untuk penyerang. Ini adalah sebahagian daripada permainan. Bila mereka bertahan begitu kami perlu berhenti berlari dengan bola tetapi kami gagal melakukannya,” kata Guardiola.

Leeds mendahului tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama bila Dallas menyudahkan umpanan Patrick Bamford. 

Tidak lama selepas itu pemain pertahanan Leeds Liam Cooper diarah keluar padang kerana mengasari Gabriel Jesus.

City menyamakan kedudukan di minit ke-76 apbila apabila hantaran Bernardo Silva dirembat masuk oleh Ferran Torres.

Pada minit pertama masa kecederaan Leeds melancarkan serangan balas dengan Ezgjan Alioski melorotkan bola kepada Dallas untuk beliau menjaringkan gol keduanya. 

Anak buah Jurgen Klopp gagal mengecapi kemenangan di laman sendiri sejak Disember, tetapi berjaya membalas kekalahan 7-2 kepada Villa pada Oktober selepas jaringan lewat Alexander-Arnold memastikan tiga mata untuk The Reds. 

“Saya tidak ingat bila kali terakhir kami menang dengan selesa, tapi tidak mengapa selepas kalah enam kali berturut-turut di laman sendiri,” kata Klopp.

Ollie Watkins membuka jaringan untuk Villa di minit ke-43 sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada minit ke 57.

Rembatan Alexander-Arnold dari luar kotak penalti melengkapkan jaringan buat Liverpool. 

Kai Havertz menjaringkan gol liga keduanya untuk Chelsea sebelum Christian Pulisic merembat deras ke gawang Palace. 

Tandukan Kurt Zouma daripada sepakan percuma Mason Mount memastikan Chelsea menamatkan babak pertama mendahului 3-0. 

“Persembahan babak pertama kami sangat hebat, kami agresif dan laparkan gol. Saya datang ke England dengan menyasarkan penamat di posisi empat teratas. Ini adalah satu cabaran yang masih jauh lagi perjalanannya,” kata Thomas Tuchel.

Sementara Christian Benteke menjaringkan gol sagu hati buat Palace selepas masa rehat sebelum Pulisic melengkapkan jaringan dengan gol keduanya. - AFP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran