web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelan Induk Industri Sukan Bakal Dilancar Tahun Ini - Faizal Azumu

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 7:19AM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kementerian itu dijangka melancarkan Pelan Induk Industri Sukan tahun ini.

Beliau berkata pelan itu telah disiapkan dengan penuh teliti oleh Sekretariat Industri Sukan dan pihaknya kini di peringkat mencari waktu yang sesuai untuk melancarkannya.

“Pada masa yang sama, kita juga akan menganjurkan Ekspo Industri Sukan bagi membuka mata dan minda rakyat tentang peluang serta ruang yang ada dalam industri sukan yang begitu besar.

“Matlamat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah untuk meningkatkan kesedaran bahawa industri sukan boleh mendatangkan pulangan yang begitu besar bukan hanya kepada atlet dan pemain tetapi juga orang ramai yang boleh melibatkan diri dalam industri berkenaan,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Terdahulu, ketika bersiaran dalam program itu, Ahmad Faizal berkata pihaknya menyedari kekecewaan beberapa persatuan sukan susulan pengguguran beberapa acara yang dipertanding pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang sedang berlangsung.

“Saya juga ingin memohon maaf bagi pihak KBS dan Majlis Sukan Negara atas kelemahan yang ada iaitu kita tidak dapat buat promosi besar-besaran untuk Sukma namun saya yakin mulai sekarang, akan ada lebih banyak hebahan dan saya percaya orang ramai akan ikuti acara yang diadakan,” katanya.

Mengulas isu tunggakan gaji yang menghantui kerancakan liga bola sepak negara, beliau menyarankan agar semua pihak sentiasa realistik dan berpijak di bumi nyata ketika mempersiap pasukan masing-masing. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad