web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelumba Johor Siti Nur Adibah Rangkul Emas Pertama SUKMA

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 5:01PM

Siti Nur Adibah menyumbangkan emas buat Johor menerusi acara ujian masa individu wanita. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Selepas lapan tahun mengimpikan emas, pelumba berbasikal lebuh raya Johor Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad akhirnya berjaya merealisasikan impian itu pada penampilan terakhirnya di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 MSN 2022 hari ini.

Lebih manis, atlet berusia 23 tahun itu berjaya menyumbangkan emas pertama edisi kali ini buat negeri kelahirannya menerusi acara ujian masa individu wanita di Bandar Sri Sendayan, di sini.

Pemegang pingat perak Sukan SEA Hanoi itu, mempamerkan tunggangan bertenaga sejauh 29.7 kilometer (km) untuk muncul juara dengan catatan 44 minit dan 25.801 saat.

Atlet kebangsaan, Nyo Ci Hui yang mewakili Perak membawa pulang perak dengan catatan 45:52.607s, manakala pelumba Terengganu Siti Nur Alia Mansor (46:25.155s) meraih gangsa.

Siti Nur Adibah, yang sudah menjangkakan untuk menjuarai acara terbabit berkata pencapaian yang diperoleh hari ini merupakan catatan terbaiknya selepas empat kali menyertai Sukma bermula di Pahang pada 2012.

“Saya memang dah sasar lama untuk dapat emas, jadi hari ini, hari yang ditunggu-tunggu saya hanya fokus pada rancangan dan buat yang terbaik,” katanya kepada pemberita.

Siti Nur Adiba pada masa sama, turut menyasarkan untuk memburu emas bagi acara lepas beramai-ramai berpasukan pada Jumaat ini.

Sejak memenangi dua emas menerusi acara ujian masa individu dan lepas beramai-ramai berpasukan pada edisi 2014 di SUKMA, beliau kemarau pingat emas untuk tempoh lapan tahun.

Pada edisi 2016 di Sarawak, Siti Nur Adiba terpaksa berpuas hati dengan perak acara rentas desa berbasikal bukit, manakala tidak menyertai edisi 2018 di Perak.

Sementara itu, Johor terus mendominasi disiplin lebuh raya apabila Muhmmad Nur Aiman Rosli muncul juara acara ujian masa individu lelaki, selepas bersaing sengit dengan Kee Zhe Yee dari Terengganu dengan catatan masa 53:08.865s di perlumbaan sejauh 39.9 km itu.

Kee Zhe yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak telah mencatat masa 53:44.086s, manakala gangsa menjadi milik pelumba Perak Muhammad Yusri Shaari (54:06.108s). 

Aiman yang juga juara kejohanan kebangsaan sebanyak tiga kali berturut-turut, berpuas hati kerana mampu menghadiahkan emas buat Johor dalam penyertaan terakhirnya di SUKMA apatah lagi kejayaan yang diraih adalah acara kegemarannya.

“Walaupun persiapan tak berapa baik sebab saya kena influenza dan terbaring di rumah sebelum ini, tapi saya mampu lakukan dan lepas ini saya turut menyasarkan untuk buru emas dalam acara lepas beramai-ramai berpasukan esok,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

4 Peserta Jual Poskad Perjalanan Epik Untuk Tampung Kos Tunai Haji

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pemergian Abu Samah Khabar Duka Buat Arena Berbasikal Negara, Antarabangsa

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Shah Firdaus Menang Gangsa Pecut Lelaki Sukan Asia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar