web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Noor Azman Dilantik Setiausaha Agung Baharu FAM?

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 12:31PM

Noor Azman Rahman - Gambar ihsan MUSA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka melantik Noor Azman Rahman sebagai setiausaha agung baharunya minggu ini, menggantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Menurut sumber, Noor Azman, yang juga mantan naib presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), dipilih daripada senarai pendek oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin.

“Pengumuman itu dijangka akan dibuat tidak lama lagi oleh FAM,” kata sumber itu kepada The Vibes, hari ini.

Antara nama lain yang disenarai pendek ialah Penolong Setiausaha Agung FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman dan Ketua Unit Kewangan FAM, Saeidahtun Abdullah.

Noor Azman juga adalah mantan setiausaha agung MUSA dari 2015 hingga 2018, serta dilantik dalam jawatankuasa futsal dan bola sepak pantai FAM dari 2013 hingga 2018.

Beliau juga dilantik sebagai pegawai khas kepada Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Semalam, peletakan jawatan Saifuddin diterima FAM semasa mesyuarat jawatankuasa eksekutif persatuan itu bagi penggal 2021-2025.

Berikutan peletakan jawatan itu, Saifuddin akan menyambung semula peranannya sebagai pesuruhjaya perlawanan untuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa dan Konfederasi Bola Sepak Asia.

Saifuddin hanya menghabiskan masa selama setahun sebagai setiausaha agung selepas mengambil alih jawatan ditinggalkan Stuart Ramalingam.

Antara pencapaian terbaik Saifuddin sepanjang berkhidmat di FAM ialah menganjurkan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menyaksikan pasukan negara layak ke kejohanan itu buat pertama kali secara merit.

Saifuddin menyertai FAM pada 1993 apabila beliau memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pertandingan sehingga 2004 sebelum dilantik penolong setiausaha agung dari 2007 hingga 2009.

Sementara itu, usaha menghubungi Hamidin untuk mendapatkan komen mengenai perkara tersebut masih belum berhasil. - The Vibes, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kekecewaan Di Qatar Batu Loncatan Harimau Malaya Menuju Kejayaan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad