web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Setiausaha Agung FAM Letak Jawatan, Tumpu Kerjaya Antarabangsa

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 8:26AM

Mohd Saifuddin Abu Bakar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan sudah mengemukakan surat peletakan jawatan pada minggu lepas.

Mohd Saifuddin berkata keinginan untuk kembali menyambung kerjaya di peringkat antarabangsa menjadi sebab beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada badan induk bola sepak negara itu.

Tanpa mendedahkan hala tujunya selepas ini, beliau berkata satu mesyuarat tergempar dijadual berlangsung di FAM petang ini (Selasa) bagi membincangkan keputusan pengundurannya.

“Alasannya tiada lain disebabkan saya mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya antarabangsa. Saya pun rasa secara tidak langsung saya telah menyumbang kepada kejayaan FAM (sekarang),” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Bekas Perunding Teknikal Liga Profesional Oman itu yang dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada penghujung Ogos tahun lepas turut menafikan laporan media tempatan bahawa beliau bakal ‘direhatkan’.

Beliau yang berang dengan laporan itu berkata tiada sebab untuk dirinya direhatkan apabila telah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah selama ini.

“Tiada gesaan (letak jawatan) atau apa-apa, saya (juga) gembira bekerja di FAM. Saya rasa saya tak pernah calarkan nama FAM...jelas juga saya tak ambil dan curi duit FAM atau ambil komisen dan sebagainya,” katanya yang juga bekas Pengurus Pertandingan Liga dan Pelesenan Kebangsaan di Oman.

Mohd Saifuddin yang juga komisioner perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkata Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin adalah sebab untuk beliau kembali bekerja di FAM.

“Beliau (Hamidin) adalah kawan saya, pada masa sama saya nak bantu bola sepak Malaysia. Perkara terbesar telah saya buat (di FAM) adalah membangunkan beberapa liga domestik, beri cadangan mengenai pertandingan Piala Belia dan kongsi idea untuk bantu persatuan bola sepak negeri,” katanya.

Mohd Saifuddin menyertai FAM sejak 1993 hingga 2004 sebagai Ketua Jabatan Pertandingan FAM selain pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung pada 2007 hingga 2009.

Pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung FAM itu susulan kekosongan ditinggalkan Stuart Ramalingam yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad