web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 70 Peserta Sertai Sukan Ekstrem Di Taman Negeri Rompin

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 9:39AM

Seramai 42 peserta tempatan dan luar negara mengambil bahagian dalam acara ini dengan peserta perlu menyempurnakan cabaran hampir 70km di Taman Negeri Rompin - Gambar Facebook AdventureraceMalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN - Menempuhi laluan berbukit dengan berbasikal dan menyusuri arus sungai merupakan antara cabaran yang dilalui peserta Adventure Race Asia Series Rompin 2022 (AR Rompin 2022), yang julung kali diadakan di Taman Negeri Rompin, di sini, semalam.

Pengarah Perlumbaan, James Chee berkata seramai 42 peserta tempatan dan luar negara mengambil bahagian dalam kategori dua berpasukan dan empat berpasukan dengan peserta perlu menyempurnakan cabaran hampir 70 kilometer (km) di pusat rekreasi itu. 

Beliau berkata menerusi perlumbaan yang memerlukan stamina yang tinggi itu peserta harus melengkapkan aktiviti larian, berbasikal, kayuhan pelampung, abseiling dan tyrolean traverse. 

"Program ini cukup mencabar apabila peserta terpaksa menempuhi laluan berbukit dengan berbasikal selain menikmati alam semula jadi di samping melalui perkampungan Orang Asli dan kawasan Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)," katanya kepada Bernama. 

Turut hadir Pengarah Kanan Tourism Malaysia (Bahagian Perancangan Strategik), Syed Yahya Syed Othman dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin. 

Selain itu, program kolaborasi antara Taman Negeri Rompin dan ARWS Malaysia Sdn Bhd itu juga menganjurkan larian individu 10km yang turut disertai lebih 70 peserta termasuk pelajar GiatMara Rompin. 

Bagi kategori empat berpasukan dimenangi oleh Norazrin Kamsor Azrin, Mohd Azuan Asmuni, Muhammad Syamsul Erry Abdullah dan Yusof Abdul Manan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 manakala peserta dari Singapura, Kim Hong Yeo dan Ying Zhi Chua pula memenangi kategori dua berpasukan dengan memenangi RM1,500. 

Sementara itu, Pengurus Taman Negeri Rompin, Mohd Ros Effendi Ramli Chua, berkata lokasi berkenaan sesuai dijadikan acara penganjuran sukan ekstrem kerana mempunyai trek yang baik dan mencabar selain dilengkapkan dengan fasiliti untuk dijadikan bilik rawatan dan penginapan. 

"Kita alu-alukan lebih banyak program seumpama ini dilaksanakan pada masa hadapan di sini kerana kita lihat ia berpotensi untuk menarik peserta kerana keadaan hutan sangat menarik yang dianggarkan 140 juta tahun," katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan pihaknya turut merancang untuk menganjurkan aktiviti lain di taman berkenaan antaranya Bird Race pada 17 September depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Seorang Lagi Guru Maut Nahas Bas Rompin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Nahas Bas Di Rompin Sempat Tanya Keadaan Anak Sebelum Meninggal Dunia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Kesihatan Siasat Punca 3 Sekeluarga Dijangkiti Batuk Kokol

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tragis, 3 Beradik Maut Lori Bertembung Kren

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad