web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragis, 3 Beradik Maut Lori Bertembung Kren

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 7:00AM

Siasatan awal mendapati kejadian di Kilometer 136 Jalan Kuantan-Johor Bharu itu berlaku apabila lori jenis Toyota Hiance dipandu Muhammad Solihin terbabas, sebelum melanggar kren di laluan bertentangan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiga beradik lelaki maut selepas lori dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kren di Kampung Sepakat, Rompin, Pahang semalam.

Mangsa dikenali Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28; Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati kejadian pada kira-kira jam 7.35 petang di Kilometer 136 Jalan Kuantan-Johor Bharu itu berlaku apabila lori jenis Toyota Hiance dipandu Muhammad Solihin terbabas, sebelum melanggar kren di laluan bertentangan.

“Muhammad Firdaus dan Ahmad Jazuly pula berada dalam lori itu sebagai kalendan.

“Ketiga-tiga mereka yang beralamat di Jalan Sungai Kolek, Rompin dalam perjalanan dari Johor Bharu menghala Kuantan.

“Tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kren,” katanya menerusi kenyataan seperti dilaporkan media.

Beliau berkata, akibat kemalangan, tiga beradik terbabit cedera parah di kepala dan kaki, manakala pemandu kren, iaitu lelaki berusia 38 tahun mengalami kecederaan di badan.

Katanya, kesemua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut.

Mohd Azahari berkata, pemeriksaan awal mendapati, pemandu lori terbabit yang juga pelajar Politeknik Muadzam Shah, Rompin, tiada lesen memandu.

“Siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis polis meminta supaya saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan,” katanya. – Getaran, 9 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad