web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal Birmingham, Kita Jumpa Di Victoria

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 7:33AM

Sukan Komanwel Birmingham 2022 telah melabuhkan tirai secara rasmi dalam acara gemilang di Stadium Alexander, Perry Barr di sini awal pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Berakhir sudah perjuangan lebih 5,000 atlet dari 72 negara pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang telah melabuhkan tirai secara rasmi dalam acara gemilang di Stadium Alexander, Perry Barr di sini awal pagi tadi.

Selain pertunjukan cahaya dan bunga api yang menakjubkan menerangi langit, para penonton turut dihidangkan dengan persembahan daripada artis tempatan West Midlands termasuk Beverly Knight, Jaykae dan Goldie dari Wolverhampton yang mempersembahkan alunan muzik generasi lama, masa ini dan masa depan.

Tidak lupa, ia turut disajikan dengan penampilan istimewa Dexys Midnight Runners dengan persembahan lagu Come On Eileen yang pernah mengungguli carta United Kingdom serta Amerika Syarikat pada 1982.

Majlis itu turut memberi  penghormatan kepada Peaky Blinders - geng jalanan berpangkalan di Birmingham - yang mempersembahkan babak dalam pementasan teater tarian Peaky Blinders: The Redemption of Thomas Shelby.

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Dame Louise Marin dalam ucapannya menyifatkan Birmingham 2022 sebagai ‘berani, menguja dan cemerlang’ dan memberikan pujian kepada semua atlet yang menyahut cabaran mempamerkan aksi menakjubkan sepanjang tempoh 11 hari temasya itu berlangsung.

Martin kemudiannya menyampaikan Anugerah David Dixon kepada atlet cemerlang temasya iaitu atlet ping pong Singapura Feng Tianwei, yang membantu pasukannya menyapu bersih pingat emas acara berpasukan, perseorangan dan juga beregu wanita.

Diiringi persembahan penyanyi kelahiran Nigeria Jacob Banks, bendera Komanwel yang menjadi lambang persahabatan dinaikkan ketika upacara pembukaan pada 28 Julai lepas, diturunkan sekali gus menandakan tamatlah sudah edisi Birmingham 2022.

Bendera keramat itu bertukar tangan dan diserahkan kepada Gabenor Victoria Linda Dessau, iaitu tuan rumah edisi berikutnya berlangsung pada Mac 2026 dengan menyaksikan penganjuran kali pertama Sukan Komanwel di pelbagai bandar di Geelong, Ballarat, Bendigo dan Gippsland.

Persembahan diteruskan dengan segmen budaya daripada orang asli di Victoria sebelum Earl of Wessex Putera Edward mengisytiharkan Birmingham 2022 ditutup.

Di penghujung acara, Prince of Darkness yang juga bintang rock legenda dari Birmingham, Ozzy Osbourne membuat kejutam apabila muncul dengan persembahan lagu Paranoid  sebagai menutup majlis gilang gemilang di Birmingham.

Terima kasih Birmingham, kita jumpa di Victoria 2026. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Dhabitah-Syafiq Hadiahkan Gangsa Pada Hari Terakhir Di Kolam Renang

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Tze Yong Raih Perak, Impian Ulangi Kejutan Di Pentas Akhir Tak Kesampaian

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Aaron-Wooi Yik Bawa Pulang Gangsa, Dhabitah, Javen-Karen Perak

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan Para ASEAN Ke-11 Melabuhkan Tirai, Jumpa Lagi Di Kemboja

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran