web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tze Yong Raih Perak, Impian Ulangi Kejutan Di Pentas Akhir Tak Kesampaian

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 9:08PM

Ng Tze Yong (kiri) menang pingat perak setelah tewas kepada pemain India Lakshya Sen pada aksi badminton akhir Sukan Komanwel di National Exhibition Center. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Pemain perseorangan lelaki utama negara, Ng Tze Yong, gagal mengulangi kejutan untuk dinobatkan juara Sukan Komanwel 2022 Birmingham apabila tewas kepada pemain nombor satu India, Lakhsya Sen, pada perlawanan final, di sini, hari ini.

Selepas menjinakkan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew di peringkat suku akhir dan pemain India, Kidambi Srikanth di separuh akhir, pemain berusia 22 tahun itu, memulakan aksi final dengan  harapan dapat mempertahankan emas Malaysia dalam acara itu.

Tze Yong menampilkan aksi cemerlang dengan mengukuhkan pertahanan dan melakukan serangan balas untuk menang 21-19 ke atas naib juara All England itu.

Bagaimanapun, rangkaian kesilapan membawa padah apabila Sen mula menguasai set kedua sebelum menang 21-9.

Pada set penentuan, ketika Tze Yong ketinggalan 14-19, permainan ditangguhkan selama kira-kira seminit apabila Tze Yong mengalami sedikit kecederaan pada lututnya dan terpaksa mendapatkan bantuan perubatan di luar gelanggang.

Tze Yong yang bersemangat tinggi cuba bangkit tetapi dia hanya berjaya mengutip dua mata selepas permainan disambung semula sebelum Sen menang 21-16 dan merampas merampas pingat emas dari Malaysia ketika Datuk Lee Chong Wei muncul juara pada edisi 2018 Gold Coast,Australia.

Parupalli Kashyap dari India menang pada edisi 2014 Glasgow.

Dalam saingan suku akhir dan separuh akhir, Tze Yong mengalahkan Kean Yew 15-21, 21-14, 21-11 dan Srikanth 13-21, 21-19, 21-10.

Walaupun tewas di pentas akhir, penampilan sulung Tze Yong, mengantikan pemain profesional, Lee Zii Jia, pada saat akhir berikutan penarikan diri Zii Jia dari temasya itu, layak menerima pujian berikutan prestasi hebatnya di sini.

Ini adalah pingat kedua dimenangi Tze Yong pada temasya ini selepas berjaya meraih emas selepas Malaysia mengalahkan India 3-1 dalam acara berpasukan campuran minggu lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tze Yong Terlepas Peluang Ke Olimpik Paris 2024

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Arca Wanita Berhijab Dipamer Di Birmingham 

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Cabaran Negara Pada Terbuka Thailand Berakhir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad