web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan Para ASEAN Ke-11 Melabuhkan Tirai, Jumpa Lagi Di Kemboja

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 6:21AM

Sukan Para ASEAN (APG) Ke-11 ditutup secara rasmi oleh Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) di Stadium Manahan di sini malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SOLO (Indonesia) - “Terima kasih Indonesia, Chom Reap Sour Cambodia (Helo Kemboja).”

Sukan Para ASEAN (APG) Ke-11 ditutup secara rasmi oleh Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) di Stadium Manahan di sini malam tadi selepas seminggu aksi sukan yang menghimpunkan atlet-atlet para serantau berlangsung.

Majlis penutupan yang hebat dimulakan selepas selesai perbarisan 11 kontinjen mewakili negara-negara ASEAN dengan Kontinjen Malaysia mengenakan pakaian trek dengan jaket memaparkan imej harimau merupakan pasukan keempat dalam perbarisan itu dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton. 

Dalam acara yang berlangsung selama dua jam itu, 10,000 penonton yang berada di stadium berkenaan dihidangkan dengan persembahan muzik dan kebudayaan yang menonjolkan kepelbagaian dan kekayaan tradisi Indonesia serta artis kontemporari republik itu seperti Andien, Yovie & Nuno dan Yura Yunita.

Jokowi dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada 1,200 atlet yang menyertai temasya sukan itu dan berkata Indonesia berbangga untuk menjadi tuan rumah selama lapan hari kepada golongan atlet kurang upaya dari rantau ini.

Turut hadir, Wanita Pertama Indonesia Iriana Jokowi, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Para ASEAN Indonesia (INASPOC) Gibran Rakabuming Raka dan Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) Jen Osoth Bhavilai.

Selepas bendera APSF diserahkan kepada wakil tuan rumah seterusnya, Kemboja, satu lagi persembahan hebat disajikan oleh negara itu sebagai tanda selamat datang. 

Kemboja akan menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA dari 5 hingga 16 Mei diikuti dengan APG dari 3 hingga 9 Jun tahun hadapan di Phnom Penh.

Malam penutup itu diakhiri dengan persembahan bunga api yang menarik, menghiasi langit bandar di tengah Pulau Jawa itu sejurus selepas kawah api temasya sukan itu dipadamkan.  

Malaysia yang diwakili kira-kira 70 atlet mengakhiri kempen kali ini dengan mengumpul 36 pingat emas, 20 perak dan 14 gangsa untuk menduduki tangga keempat carta pingat.

Tuan rumah, Indonesia seperti dijangka menjuarai secara keseluruhan dengan kutipan pingat 177-144-107 dan ini merupakan kali ketiga ia muncul juara keseluruhan mengulangi kejayaan di edisi Myanmar 2013 dan Kuala Lumpur 2017.

Thailand yang mengumpul 113-113-86 pingat dan Vietnam (63-58-54) masing-masing di tangga kedua dan ketiga.

Indonesia bersetuju menjadi tuan rumah hanya beberapa bulan sebelum ini selepas tuan rumah 2019 Filipina dan tuan rumah 2021 Vietnam menarik diri daripada menganjurkan temasya sukan itu atas faktor kewangan dan pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Tepati Sasaran 33 Emas, PM Ucap Tahniah Untuk Kontinjen APG 2023

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Malaysia Tambah 16 Emas Pada Hari Ketiga APG 2023

3

Sukan 3 tahun yang lalu

APG 2023: Atlet Renang, Olahraga Sumbang 8 Emas

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Fraidden Dawan Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Phnom Penh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 54 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan