web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Tambah 16 Emas Pada Hari Ketiga APG 2023

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 7:07AM

Atlet judo Muhammad Fatah Abu Bakar (dua, kiri) memperoleh pingat emas menerusi kategori J2 -73 kilogram pada aksi final di Federation Youth of Malaysia, Kemboja, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Malaysia menambah 16 pingat emas semalam menerusi kombinasi sukan 'lubuk emas’ olahraga dan renang serta dibantu oleh dua sukan lain iaitu judo dan ping pong pada hari ketiga temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023, di sini. 

Hasil kerja keras atlet ‘istimewa’ membolehkan kontinjen negara mengumpul 24 emas, 17 perak dan 12 gangsa setakat ini.

Atlet Eddy Bernard, muncul wira skuad olahraga negara apabila menyumbang dua pingat emas dalam acara 100 meter (m) T44 dan lompat jauh (kecacatan fizikal); diikuti Muhammad Ashraf Muhammad Haisham (1,500m T46 (kecacatan fizikal); Mohamad Saifuddin Ishak (Lompat Jauh T11-12) dan Zulkifly Abdullah (Lompat Jauh T20-kecacatan intelektual). 

Turut unggul meraih emas ialah Mohamad Aliff Mohamad Awi dan Mohd Shahmil Md Saad masing-masing menerusi acara lontar peluru F20- kecacatan intelektual dan lontar peluru F56 - kecacatan anggota. 

Kem renang tidak kurang hebatnya apabila turut menghadirkan tujuh kilauan emas menerusi Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan daripada acara 100m kuak lentang S14- kecacatan intelektual; Lee Kher Zy (200m gaya bebas S5-kecacatan fizikal) dan Mohd Adib Iqbal Abdullah (50m Kuak Dada SB14 -kecacatan intelektual). 

Muhammad Nur Syaiful pula meraih emas 50m kuak dada SB4- kecacatan fizikal; Abd Halim Mohammad (50m kuak dada SB8- kecacatan fizikal lelaki) dan Carmen Lim bagi kategori sama wanita.  

Acara 4x100m rampaian S14- kecacatan intelektual yang mengandingkan Ethan Khoo; Bryan Lau; Muhammad Imaan Aiman dan Mohd Adib Iqbal turut menyumbang emas apabila merekodkan 4 minit 15.29 saat untuk mengesahkan emas buat Malaysia. 

Skuad judo dan ping pong mencipta sensasi apabila turut menjelmakan satu pingat emas menerusi sukan masing-masing iaitu Muhamad Fatah Abu Bakar bagi judo (-73 kg J2 - kecacatan penglihatan) dan gandingan Brady Zi Rong Chin-Chee Chaoming dalam berpasukan ping pong lelaki TT9 - atlet berdiri.

Tumpuan kontinjen negara hari ini sudah pastinya terarah kepada atlet olahraga Muhammad Ashraf, yang memburu pingat emas ketiganya, menerusi acara 800m lelaki (T46- kecacatan fizikal). 

Beliau sebelum ini meraih  dua pingat emas menerusi acara 5,000m dan 1,500m. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Tepati Sasaran 33 Emas, PM Ucap Tahniah Untuk Kontinjen APG 2023

2

Sukan 3 tahun yang lalu

APG 2023: Atlet Renang, Olahraga Sumbang 8 Emas

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Fraidden Dawan Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Phnom Penh

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan Para ASEAN Ke-11 Melabuhkan Tirai, Jumpa Lagi Di Kemboja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek