web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


APG 2023: Atlet Renang, Olahraga Sumbang 8 Emas

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 7:03AM

Atlet-atlet olahraga para negara yang berjaya membawa dua pingat emas, empat perak dan dua gangsa untuk acara olahraga di Stadium Nasional Morodok, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) 2023 semalam tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja. 

Enam daripada lapan pingat emas itu diperoleh daripada aksi cemerlang kem renang para pada hari pertama pertandingan di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo, yang menyaksikan tiga daripada mereka mencipta rekod baharu kejohanan. 

Pingat emas itu disumbangkan Mohd Adib Iqbal Abdullah menerusi acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB14 (kecacatan intelektual), Carmen Lim (100m kuak dada wanita SB8 - kecacatan fizikal) dan Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan (50m kuak lentang S14 - kecacatan intelektual). 

Mereka juga berjaya memecahkan rekod baharu pada edisi ke-12 ini. 

Tiga lagi pingat emas diperoleh menerusi Abd Halim Mohammad yang menyandang gelaran juara bagi dua kategori iaitu 100m kuak dada SB8 (kecacatan fizikal) dan 100m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal) manakala Fraidden Dawan menerusi acara 400m gaya bebas S10 (kecacatan fizikal). 

Selain itu, dua perak diperoleh daripada Duran Yaspi menerusi acara 50m kuak lentang S14 (kecacatan intelektual) dan Rusdianto Rusmadi pada acara 400m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal) manakala satu gangsa oleh Carmen Lim menerusi 100m gaya bebas wanita S7-8 (kecacatan fizikal). 

Bagaimanapun situasi berbeza apabila skuad olahraga yang sinonim dengan acara ‘lubuk emas’ sekadar meraih dua pingat emas, empat perak dan dua gangsa pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Morodok Techo hari ini. 

Pingat emas itu menerusi Muhamad Ashraf Muhammad Haisham melalui acara 5,000 meter lelaki T46 (kecacatan fizikal) dan Nani Shahiera Zawawi pada acara lompat jauh wanita T20 - masalah pembelajaran. 

Semalam, Malaysia memperoleh pingat perak menerusi acara badminton berpasukan lelaki dan satu pingat gangsa menerusi bola keranjang berkerusi roda menjadikan pingat Malaysia kepada lapan emas, tujuh perak dan empat gangsa sekali gus berada pada kedudukan keempat semalam. 

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada edisi Kemboja. 

Esok, Malaysia akan meneruskan misi memburu emas pada temasya dwitahunan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 4 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad