web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gabriel-Syafiq Menang Pingat Perak Papan Anjal Seirama

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 8:57PM

Gabriel Gilbert Daim-Muhammad Syafiq Puteh raih perak acara terjun 3m papan anjal seirama lelaki - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADA ketika Datuk Pandelela Rinong gagal menaiki podium semalam (Khamis), pasangan penerjun negara Gabriel Gilbert Daim-Muhammad Syafiq Puteh berjaya memenangi pingat Malaysia pertama dari acara terjun di Sukan Komanwel Birmingham 2022, pada Jumaat.

Gabriel-Muhammad Syafiq mengumpulkan 376.77 mata selepas enam terjunan untuk membawa pulang pingat perak pada akhir acara lelaki 3 meter (m) papan anjal seirama yang berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell, di sini.

Wakil tuan rumah Anthony Harding-Jack David Laugher berada dalam kelas tersendiri selepas mengumpulkan 438.33 mata untuk menang emas, manakala pasangan Australia Samuel Fricker-Shixin Li, menang gangsa (374.52 mata).

Sementara itu, dua lagi penerjun negara Ong Ker Ying dan Kimberly Bong, masing-masing menduduki tempat ke-10 dan ke-12 pada pusingan awal acara wanita 1m papan anjal.

Ker Ying mengumpul 207.50 mata, sementara Kimberly Bong (204.75 mata) pada hari kedua acara terjun di sini.

Bagaimanapun, kedua-dua penerjun berpeluang untuk memperbaiki prestasi mereka pada Jumaat, apabila beraksi dalam peringkat akhir yang akan berlangsung pada 6.05 petang waktu tempatan (1.05 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Pada Khamis, Pandelela yang memulakan cabaran skuad terjun negara gagal menyerlah dan hanya menduduki tempat ke-11 daripada 12 penerjun pada akhir acara wanita 10m platform individu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Arca Wanita Berhijab Dipamer Di Birmingham 

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Tze Yong Cipta Kejutan Besar Singkir Axelsen Di All England

4

Sukan 3 tahun yang lalu

MS Puas Hati Prestasi Skuad Terjun Negara Di GP Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad