web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhammad Azeem Perbaiki Catatan Masa Peribadi Terbaik 200m Di Colombia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 7:12AM

Muhammad Azeem Mohd Fahmi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi semakin menghampiri rekod 200 meter (m) kebangsaan dengan memperbaharui catatan masa peribadi terbaik pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia, pagi ini waktu Malaysia.

Muhammad Azeem mencipta masa 20.83 saat (s) ketika memenangi perlumbaan Saringan Tiga pusingan awal 200m lelaki di Stadium Olimpik Pascual Guerrero sekali gus mengesahkan tempat dalam kalangan 24 pelari terbaik layak ke separuh akhir.

Beliau yang berada di lorong lapan mempamerkan larian cemerlang untuk menewaskan Aidan Murphy dari Australia di tempat kedua dan atlet Jamaica Bryan Levell ketiga, dengan kedua-dua pelari melintasi garisan penamat dengan catatan masa sama 20.85s.

Atlet kelahiran Perak berusia 18 tahun itu sebelum ini mempunyai catatan peribadi terbaik 20.89s yang dianggap masa kedua dua terpantas dalam sejarah acara 200m negara iaitu selepas rekod kebangsaan 20.77s milik Russel Alexander Nasir Taib yang dicipta pada 2019.

Sebagai rekod, Muhammad Azeem mencipta rekod baharu 100m kebangsaan dengan masa 10.09s di kejohanan sama, Selasa lepas.

Sementara itu, juara 100m kejohanan Letsile Tebogo dari Botswana yang berusia 19 tahun sekali lagi mencuri perhatian selepas melangkah ke separuh akhir dengan bergaya apabila memecahkan rekod kejohanan dengan kepantasan 19.99s ketika mengungguli Saringan Dua.

Pada masa sama, pemenang pingat emas 100m dan 200m Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Puripol Boonson dari Thailand, yang berusia 16 tahun, turut mara ke pusingan seterusnya selepas menamatkan Saringan Empat di kedudukan pertama dengan merakam 20.68s.

Catatan 20.83s yang dilakukan Muhammad Azeem adalah kesembilan terpantas dalam keseluruhan 48 atlet yang beraksi dalam saingan pusingan awal.

Saingan separuh akhir pada jam 4.30 pagi ini (waktu Malaysia) dan akhir dijadual berlangsung awal pagi esok waktu Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PKR Bantah Keputusan Kerajaan Terengganu Larang Atlet Wanita Sertai Gimnastik 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan