web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abdul Latif ‘Terbang’ Tinggi Di APG, Bakal Tamatkan Zaman Bujang

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 3:20PM

Abdul Latif - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SOLO (Indonesia) - Juara Paralimpik sebanyak dua kali, Datuk Abdul Latif Romly meneruskan penguasaan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) di sini, apabila merangkul pingat emas keempat berturut-turut dalam acara lompat jauh F20 (masalah intelektual).

Atlet berusia 25 tahun berasal dari Perlis itu, mempamerkan kehebatannya dengan lompatan sejauh 7.20 meter di Stadium Manahan di sini, untuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.

Walaupun jarak yang dicatatkan pagi ini masih rendah berbanding rekod dunia 7.64m yang dilakukan pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Abdul Latif masih gembira kerana ia merupakan kejohanan pertama sejak hampir setahun berehat selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika mempertahankan emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada September lepas.

Rakan sepasukannya, Zulkifly Abdullah yang meraih gangsa pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, berjaya merampas perak daripada Suhairi Suhaini dari Singapura dengan catatan 6.43m, manakala wakil Singapura itu terpaksa berpuas hati dengan gangsa dengan lompatan 5.78m.

Bercakap selepas kejayaan itu, Abdul Latif yang juga merupakan juara dunia 2015 dan 2017, berkongsi bahawa akan berkahwin dengan teman sejak zaman sekolahnya pada Disember ini, selepas majlis bertunang berlangsung pada Oktober tahun lepas.

“Pingat ini saya dedikasikan kepada keluarga saya dan mungkin rezeki kahwin. Saya rasa ini mungkin pertandingan terakhir bagi tahun ini, selepas ini akan bersedia untuk menghadapi APG 2023 Kemboja, Kejohanan Dunia dan Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China tahun depan bergantung kepada perancangan jurulatih,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Tepati Sasaran 33 Emas, PM Ucap Tahniah Untuk Kontinjen APG 2023

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Malaysia Tambah 16 Emas Pada Hari Ketiga APG 2023

4

Sukan 3 tahun yang lalu

APG 2023: Atlet Renang, Olahraga Sumbang 8 Emas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar