web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Brummies' Alu-Alukan Kehadiran 6,500 Atlet Dalam Acara Penuh Warna Warni

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 7:17AM

Persembahan bunga api pada Majlis Perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander pada Khamis. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Ia kini bermula. Sukan Komanwel Brmingham 202, kini bermula dengan rasminya selepas acara perasmian penuh gilang-gemilang berlangsung di hadapan 30,000 penonton di Stadium Alexander, Perry Barr  di sini.

Acara pembukaan yang menerima sentuhan Martin Green yang bereputasi antarabangsa sebagai ketua acara Sukan Olimpik London 2012, selain Steven Knight iaitu pencipta dan penulis siri televisyen yang terkenal ‘Peaky Blinders’,  telah memaparkan ‘DNA’ BIrmingham dan West Midlands.

Memaparkan bandar raya yang penuh dengan kepelbagaian dan sejarah, pertunjukan yang penuh bertenaga telah dibahagikan kepada beberapa babak iaitu ‘Call to Gather’, ‘Everything to Everybody’, ‘Hear My Voice’ dan ‘Raging Bull’, dengan pertunjukan lampu yang hebat dan bunga api menakjubkan, yang memenuhi setiap saat di sepanjang acara dua jam setengah yang penuh magis.

Pertunjukan berpaksikan sekitar cerita mengenai Stella, yang dilakonkan oleh Lorell Boyce dan ‘The Dreamers’ satu kumpulan atlet muda dari sekitar negara-negara Komanwel yang meneroka Birmingham pada waktu lalu dan sekarang.

Sejurus selepas itu, penganjur memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II yang meraikan Jubli Platinumnya menandakan sambutan ke-70 tahun pemerintahannya, dengan berkongsi kisah keghairahan dan komitmen baginda terhadap Komanwel, bermula dengan ucapan Komanwel pertamanya sebagai seorang puteri raja muda.

Ia diikuti dengan kemunculan boneka gergasi yang mewakili tokoh sastera, pemuzik, dan saintis terkenal dalam sejarah, termasuk penampilan istimewa dari ikon 'senyap'  di seluruh dunia, Charlie Chaplin.

Sejurus sebelum 'Hear My Voice', yang mengiktiraf kehadiran ke Birmingham serta wira yang tidak didendang dalam pandemik COVID-19, babak itu bermula dengan aktivis pendidikan wanita Pakistan dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2014 Malala Yousafzai, membuat penampilan istimewa dengan menyampaikan ucapan penuh bertenaga, berkongsi harapannya terhadap penyertaan wanita dalam segenap masyarakat.

Penonton kemudiannya mengalu-alukan kehadiran atlet dan pegawai, dengan tepukan gemuruh dan sorakan yang meriah, ketika mereka berarak ke dalam stadium, dengan Australia menjadi pasukan pertama masuk mengelilingi stadium, manakala Malaysia menjadi pasukan ke-42.

Kontinjen Malaysia, diketuai pemain skuasy wanita Aifa Azman dan atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin sebagai pembawa bendera. - Gambar Bernama
Kontinjen Malaysia, diketuai pemain skuasy wanita Aifa Azman dan atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin sebagai pembawa bendera. - Gambar Bernama

Kontinjen Malaysia, diketuai pemain skuasy wanita Aifa Azman dan atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin sebagai pembawa bendera, mengetuai 38 atlet dan pegawai termasuk chef de mission (CDM) Datuk Shahrul Zaman Yahya dan timbalannya Gerard Monteiro.

Kesemua ‘wira' Malaysia berbaju Melayu berbutang lima berwarna putih dan kebaya moden pendek, menampilkan bunga kebangsaan bunga raya, yang diberi nafas baharu dengan abstrak batik lukisan tangan pereka tempatan.

Atlet terjun terbaik England Tom Daley merupakan antara atlet yang diberikan penghormatan untuk membawa baton, sebelum diserahkan kepada atlet berasal dari Birmingham yang merupakan bekas atlet heptatlon Denise Lewis.

Lewis kemudiannya menyerahkan baton yang mengandungi mesej daripada Ratu, kepada Prince of Wales Putera Charles, yang kemudiannya mengistiharkan pembukaan Sukan Komanwel edisi ke-22.

Ikonik muzik British Duran Duran melengkapkan majlis pembukaan yang mengagumkan dengan persembahan dua lagu terbaik mereka - ‘Tonight United’ dan ‘Ordinary World’ - pada ketika pertunjukan bunga api mewarnai langit Birmingham.

Kira-kira 6,500 atlet daripada 72 negara dan wilayah mengambil bahagian pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan berlangsung sehingga 8 Ogos. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Fikir Masak-Masak Jika Mahu Anjur Sukan Komanwel 2026 - Tun Hashim Ali

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Arca Wanita Berhijab Dipamer Di Birmingham 

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Yakin Kekal Prestasi Baik Di Terbuka Singapura

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tze Yong Cipta Kejutan Besar Singkir Axelsen Di All England

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar