web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Pembangunan Semula Langkah Selamatkan Stadium Shah Alam - Penyokong

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 7:00AM

Penyokong setia Selangor FC bersedia menerima pembangunan semula kemudahan tersebut jika itu satu-satunya cara untuk ‘meremajakan’ Stadium Shah Alam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyokong setia Selangor FC akhirnya menerima hakikat bahawa Stadium Shah Alam memerlukan pembangunan semula untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.

Bercakap kepada The Vibes, ahli Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC), Muhammad Hairy berkata, penyokong bersedia menerima pembangunan semula kemudahan tersebut jika itu satu-satunya cara untuk ‘meremajakan’ Stadium Shah Alam.

Katanya, pengurusan Selangor FC mengadakan pertemuan dengan pihak atasan SSFC dua minggu lalu bagi menjelaskan faktor yang membawa kepada perobohan infrastruktur stadium sedia ada.

Bagaimanapun, Muhammad berkata, pihak pengurusan memberi jaminan bahawa venue baharu itu masih mengekalkan nama asal Stadium Shah Alam.

“Mereka beritahu rancangannya adalah untuk membina stadium lebih kecil di lokasi stadium sekarang ini, mengurangkan kapasiti daripada 80,000 kepada kira-kira 35,000 tempat duduk dan venue baharu itu hanya akan menjadi stadium bola sepak, bukannya kompleks sukan serba guna seperti stadium sedia ada.

“Mereka juga beritahu bahawa ia akan lebih menjimatkan kos untuk membina semula stadium lebih kecil daripada menjalankan kerja pembaikan yang diperlukan untuk membaiki kemudahan tersebut,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penyokong lebih suka melihat stadium itu mengembalikan zaman kegemilangannya.

“Walaupun mereka (pengurusan stadium) belum membuat keputusan muktamad, kami berharap mereka dapat mencari jalan untuk mengekalkan stadium sedia ada dan membaik pulihnya.

“Sebagai penyokong setia, kami mempunyai begitu banyak kenangan pahit manis di sana,” katanya.

Dalam konteks ‘padang sendiri’, Selangor FC kini beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menganggap Stadium Shah Alam tidak selamat digunakan.

Sebelum ini, The Vibes meninjau keadaan stadium tersebut dan mendapati ia berada dalam keadaan amat daif.

Pengerusi Kami Prihatin Selangor, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop berkata, kerajaan negeri harus dipersalahkan atas keadaan terkini Stadium Shah Alam. - Getaran, 14 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad