Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keadaan Stadium Shah Alam: Salahkan Kerajaan Selangor - NGO

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 7:47PM

Pendengaran awam perlu diadakan sebelum sebarang cadangan atau rancangan dilakukan untuk menukar sesuatu kawasan daripada rekreasi kepada komersial. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Selangor perlu dipersalahkan susulan keadaan Stadium Shah Alam, Selangor ketika ini.

Pengerusi Kami Prihatin Selangor, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop mengkritik kerajaan negeri ekoran kelemahan pengurusannya terhadap stadium berkenaan.

Beliau memberitahu, kekurangan kerja penyelenggaraan telah menjejaskan stadium ikonik tersebut, daripada kegemilangannya sebelum ini.

"Kos penyelenggaraannya setiap tahun sudah diketahui iaitu sekitar RM2 juta. Namun ini diketepikan sehingga keadaan menjadi begitu teruk.

"Ini menunjukkan terdapat kelemahan dalam pengurusan kewangan negeri,” katanya pada satu perhimpunan 20 penyokong Selangor FC dan penduduk yang mahu stadium tersebut diselamatkan.

Ahmad Mua’adzam Shah menambah, Menteri Besar Selangor perlu mendengar suara penduduk sekitar memandangkan sebarang rancangan yang akan dijalankan di stadium berkenaan akan menjejaskan keselesaan mereka di situ.

"Jika ada rancangan untuk pembangunan semula, anda perlu menyelesaikan isu rakyat terlebih dahulu. Ia telah menjadi kawasan yang sering dilanda banjir dan kesesakan lalu lintas semakin teruk di kawasan itu. Menteri Besar perlu ambil perhatian," katanya.

Kami Prihatin Selangor telah menyerahkan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor pada 7 Julai untuk membantah cadangan merobohkan stadium berkenaan. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan
Kami Prihatin Selangor telah menyerahkan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor pada 7 Julai untuk membantah cadangan merobohkan stadium berkenaan. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Untuk makluman, sebuah stesen aliran transit ringan (LRT) akan dibuka di sebelah stadium tersebut sebagai sebahagian daripada jajaran LRT 3.

Perhimpunan itu dianjurkan Jawatankuasa Selamatkan Stadium Shah Alam, yang ditubuhkan pada 6 Julai lalu selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, terdapat cadangan untuk merobohkan stadium terbabit dan menggantikannya dengan kemudahan baharu.

Jawatankuasa itu berkata, pihaknya telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor pada 7 Julai untuk membantah cadangan berkenaan.

Stadium Shah Alam dirakamkan dari udara, menggunakan dron. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan
Stadium Shah Alam dirakamkan dari udara, menggunakan dron. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Cadangan untuk merobohkan stadium itu juga melibatkan pembinaan venue berkapasiti 30,000 hingga 40,000, yang lebih kecil dan gabungan projek komersial dan kediaman berkepadatan tinggi.

Turut berucap pada perhimpunan tersebut ialah mantan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamat yang berkata, rancangan pembangunan semula itu bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), memandangkan tiada pendengaran awam dijalankan untuk meneruskan cadangan terlibat.

"Berdasarkan akta itu, sebarang cadangan dan rancangan untuk menukar sesuatu kawasan daripada rekreasi kepada komersial, perlu diadakan pendengaran awam supaya penduduk di kawasan terbabit boleh menyuarakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan berkenaan," katanya.

Walau bagaimanapun, proses pendengaran awam itu dijangka berlaku selepas Menteri Besar mengumumkan butiran lanjut hujung minggu ini. - The Vibes, 11 Julai 2022. 



 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 14 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad