Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rossi, Morbidelli Harap Untuk Ubah Nasib Di GP Doha

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 7:53AM

Valentino Rossi sasar kemenangan podium kelapan pada Grand Prix (GP) Doha hujung minggu ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Gandingan pelumba Itali  dalam Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Valentino Rossi dan Franco Morbidelli mahu bangkit kembali dalam Grand Prix (GP) Doha hujung minggu ini selepas keputusan yang mengecewakan  dalam pembukaan musim di Grand Prix (GP)  Qatar minggu lepas.

Pada pusingan kedua yang akan berlangsung di litar sama, Litar Antarabangsa Losail, juara dunia sembilan kali Valentino Rossi menyasarkan kemenangan podium kesembilannya di litar itu, selepas dua tahun tidak memperolehnya sejak menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada 2018.

Pelumba berusia 42 tahun itu yang mendapat kedudukan di petak keempat dengan catatan lap masa terpantas di litar berkenaan semasa ujian kelayakan tetapi hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. 

“Kami mengharap lebih daripada GP Qatar tetapi saya terpaksa bergelut dalam perlumbaan dan kami mengalami masalah tayar belakang. Kami masih lagi positif untuk mengharungi pusingan seterusnya kerana  kedudukan keempat dalam ujian kelayakan adalah keputusan yang baik.   

Sekarang, kami akan menganalisis data secara menyeluruh sebelum acara latihan bebas (pada Jumaat) dan cuba menyelesaikan masalah yang kami hadapi, cuba meningkatkan penghayatan perlumbaan dan moga-moga hujung minggu ini kami memperoleh keputusan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan pasukan.   

Sementara itu, Franco Morbidelli yang menamatkan GP Qatar di tempat ke-18 kerana masalah mekanikal mahu kembali merebut kejuaraan setelah muncul naib juara keseluruhan MotoGP musim lepas.

“Ia akan menjadi hujung minggu yang rumit. Kami mendapati selepas ujian pramusim dan selepas perlumbaan ada yang tidak kena dengan pakej kami. Ada ketika ia berfungsi dengan baik, kami mempunyai kelajuan yang baik pada tengah hari sebelum hari bertukar gelap.

Kami perlu menganalisis data dari hujung minggu lepas untuk memahami mengapa.  Saya berharap kami mampu menyelesaikan masalah dihadapi hujung minggu ini, kami akan melihat apa yang berlaku. Jika tidak, ia akan menjadi satu hujung minggu untuk mengurangkan kesilapan dengan kami cuba untuk mempertahankan atau mendapatkan mata yang kami mampu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad