Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Axelsen, Momota Melangkah Ke Akhir Terbuka Malaysia

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 7:09AM

Axelsen mahu menamatkan penguasaan pemain Asia selama 15 tahun dalam Terbuka Malaysia. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perlawanan akhir perseorangan lelaki Badminton Terbuka Malaysia 2022 akan memperlihatkan pertembungan dua pemain terbaik dunia, Viktor Axelsen dari Denmark dan Kento Momota (Jepun) di Arena Axiata hari ini.

Axelsen selaku pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 mahu menamatkan penguasaan pemain Asia selama 15 tahun dalam kejohanan itu, dan memenangi gelaran ketiga Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), selepas memenangi Terbuka Indonesia dan Masters baru-baru ini.

Momota pula yang masih mendapatkan semula prestasi terbaiknya selepas terlibat kemalangan di Maju Expressway yang menyebabkan pemandu van dinaiki terbunuh, hanya beberapa jam selepas memenangi gelaran Master Malaysia 2020 dengan mengalahkan Axelsen 24-22, 21-11 di venue yang sama.

Sejak kemalangan itu, Momota hanya memenangi gelaran Masters Indonesia 2021 pada November, dan prestasi paling buruk apabila terkeluar pada peringkat kumpulan di Olimpik di negaranya sendiri, pada Julai.

Pada perlawanan separuh akhir malam tadi, Momota mengambil masa 42 minit untuk mengalahkan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand 21-11, 21-12 untuk layak ke pusingan akhir keduanya selepas tewas kepada Datuk Lee Chong Wei 2018.

Momota berkata selepas mengalami banyak kesukaran, beliau gembira untuk layak ke akhir pada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 BWF.

Kento Momota
Kento Momota

“Secara jujurnya, saya tidak mempunyai keyakinan dalam perlawanan tadi, saya cuma cuba untuk elakkan daripada melakukan kesilapan dan bergerak sebanyak mungkin, dan letakkan semula bola tangkis ke gelanggang lawan.

“Saya akan berikan yang terbaik untuk peminat terutamanya kepada peminat tempatan, yang memberikan sorakan sokongan kepada saya sepanjang minggu ini,” katanya menerusi penterjemah.

Axelsen melangkah ke Terbuka Malaysia buat kali pertama, mengalahkan pemain nombor lapan dunia Jonatan Christie dari Indonesia 21-15, 20-22, 21-11 dalam pertembungan 1 jam dan 11 minit.

“Saya benar-benar mahu menang, ia akan menjadi terbaik, tetapi buat masa ini fokus pada pemulihan dan gembira atas kemenangan.

“Kami mahu berlawan dengan pemain terbaik di dunia, Momota bakat yang terbaik … saya gembira melihat beliau kembali bermain dengan baik dan harap kami dapat berikan yang terbaik di final nanti,” katanya.

Rekod pertembungan dua pemain itu memihak kepada Momota dengan 14 kemenangan dalam 15 pertemuan, manakala Axelsen mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia itu pada pertemuan terakhir di Terbuka Denmark pada Oktober.

Pemain bukan Asia terakhir memenangi  gelaran perseorangan lelaki merupakan seorang lagi pemain Denmark Peter Gade pada 2007, sebelum bekas pemain utama negara Datuk Lee Chong Wei memenanginya sembilan kali, termasuk tujuh kali berturut-turut dari 2008 hingga 2014, manakala Cheng Long dari China (2015) dan Lin Dan (2017, 2019).

Sementara itu dalam perseorangan wanita, juara Olimpik Tokyo 2020 Chen Yu Fei dari China mengalahkan juara bertahan Tai Tzu Ying dari Taiwan 19-21, 21-13, 21-15.

Tzu Ying telah memenangi gelaran itu empat kali, termasuk tiga kali berturut-turut (2013, 2017, 2018, 2019) sebelum ia batalkan pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19.

Yu Fei akan bertemu juara edisi 2016 Ratchanok Intanon dari Thailand, yang mengalahkan Wan Zhi Yi dari China 21-8, 21-18 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Perlawanan beregu campuran pula memperlihatkan pertembungan antara juara bertahan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China dan pemain nombor dua dunia Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.

Pada perlawanan peringkat empat terakhir hari ini juara 2018 dan 2019 Si Wei-Ya Qiong melangkah ke akhir selepas mengalahkan Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-18, 21-8, manakala pasangan Thai mengalahkan satu lagi wakil China Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping 23-21, 19-21, 21-14. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

2

Sukan 1 bulan yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

4

Sukan 2 bulan yang lalu

BATC: Malaysia Layak Ke Suku Akhir

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Semasa 20 jam yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Luar Negara 21 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara