web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pelari Olimpik 1956, Harichandra Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 7:13AM

Gambar Facebook Olympic Council of Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas atlet olahraga negara di Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia, M. Harichandra, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamanannya di Singapura, pada 29 Jun lalu.

Beliau berusia 92 tahun.

Mendiang merupakan abang kepada legenda pecut negara Tan Sri Dr M. Jegathesan.

Jegathesan, yang dikenali sebagai 'The Flying Doctor', berkata abangnya itu menghembuskan nafas terakhirnya di Singapura sebelum beliau sempat menghubunginya melalui panggilan telefon.

Upacara sembahyang dan pembakaran mayat disempurnakan di Singapura hari ini.

Mendiang adalah atlet yang pernah menyertai Sukan Asia 1954 di Manila dan Sukan Olimpik Melbourne 1956 serta antara kumpulan atlet negara pertama beraksi di sukan antarabangsa.

“Beliau adalah hero saya dan disebabkan beliau, saya mengikut jejak langkah untuk menyertai sukan olahraga dan dia merupakan suri teladan untuk saya berjaya di sukan olahraga,” katanya kepada Bernama hari ini.

Harichandra pernah memecahkan rekod larian dalam tempoh dua minit untuk 800m pada usia 23 tahun sebelum mewakili negara dalam banyak lagi acara.

Beliau akhirnya berpindah ke Singapura dan mula bekerja sebagai pegawai penjara di Outram Road pada tahun 1957 sebelum menjadi warganegara pada 1959, mewakili Singapura dalam olahraga termasuk di peringkat masters.

Beliau meninggalkan isteri Thangarasi, 78, serta dua orang anak bernama Rohan dan Anita. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad