web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ronaldo Berang Gol Kemenangan Kelayakan Piala Dunia Dibatalkan

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 2:05PM

Ronaldo (tengah) bercekak pinggan di tengah padang selepas tamat aksi kelayakan Piala Dunia menentang Serbia di Stadium Rajko Mitic, Belgrade pada 27 Mac. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Cristiano Ronaldo melemparkan lilitan kaptennya ke tanah dengan penuh perasaan marah selepas gol kemenangan Portugal dibatalkan dalam seri 2-2 menentang Serbia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.

Portugal mendahului Serbia 2-0 hasil jaringan penyerang Liverpool Diogo Jota di babak pertama.

Tapi kemasukan Nemanja Radonjic selepas waktu rehat terbukti penting kerana dia memberi umpanan kepada Aleksandar Mitrovic dan Filip Kostic untuk Serbia menyamai kedudukan.

Kemudian Ronaldo menjaringkan apa yang tampak sebagai gol kemenangan Portugal, selepas bola nampak seperti sudah melewati garisan gol sebelum di tendang keluar oleh Stefan Mitrovic.

Tapi tanpa penggunaan teknologi garisan gol, jaringan itu tidak diberikan dan bintang Portugal itu dilayangkan kad kuning kerana berkelahi dengan pengadil.

“Saya akan sentiasa memberikan segalanya untuk negara, itu tidak akan berubah.

“Tapi akan ada perkara yang sukar untuk ditangani, terutamanya apabila kita merasakan bahawa keputusan tidak menyebelahi kita,” kata Ronaldo di laman Instagramnya.

Jurulatin Portugal Fernando Santos memberi tahu RTP: “Kami menjaringkan satu gol yang tidak diberikan walaupun bola sudah melepasi garisan gol. Untuk perlawanan di peringkat ini, ia tidak sepatutnya berlaku.”

Jaringan Romelu Lukakau yang ke 59 untuk negaranya membantu Belgium seri 1-1 dengan Republik Czech.

Belanda pula mengalahkan Latvia 2-0 selepas dikalahkan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G oleh Turki yang meneruskan kecermelangan mereka dengan membenam Norway 3-0.

Luxembourg pula mengejutkan Ireland 1-0 di tempat lawan.

Russia, yang mara ke suku akhir Piala Dunia 2018 di laman sendiri, mengalahkan Slovenia 2-1.

Croatia bergelut untuk beraksi dengan baik tetapi tandukkan Mario Pasalic membantu anak buah Zlatko Dalic mengatasi Cyprus 1-0 di Rijeka.

Slovakia pula seri 2-2 dengan Malta di laman sendiri. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Nyaris Terkena 'Flying Kick'

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besarnya Tahi Bintang!

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Disiasat Susulan Isyarat Kurang Sopan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Maghribi, Portugal, Sepanyol Calon Tunggal Anjur Piala Dunia 2030

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad