web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bagnaia Gembira Bermula Di Petak Hadapan GP Qatar

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 8:52AM

Francesco Bagnaia - AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Penunggang Ducati dari Itali Francesco Bagnaia akan bermula di petak pertama perlumbaan pembuka tirai musim baharu MotoGP di Qatar selepas mencatat masa yang lebih pantas daripada penunggang Yamaha dari Perancis Fabio Quartararo pada sesi kelayakan awal pagi tadi.

Seorang lagi penunggang Yamaha, Maverick Vinales dari Sepanyol turut melengkapkan baris pertama.

Pelumba Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi, Jack Miller (Ducati) dan Johann Zarco (Ducati-Pramac melengkapkan baris kedua grid permulaan.

Bagnaia, juara dunia dalam kategori Moto2 pada 2018 sebelum naik ke kelas MotoGP pada tahun berikutnya, meraih posisi pole pertamanya selepas mencatat rekod trak baharu 1:52.772 saat.

“Ini adalah cara terbaik untuk memulakan karier saya bersama pasukan baharu ini. Saya sangat gembira dengan catatan masa itu.

“Dari semalam lagi saya merasakan yang saya mampu untuk mencatat masa dalam 1 minit dan 52 saat, dan selepas berusaha keras saya dapat merasakan yang ia boleh dikecapi selepas sektor ketiga trek ini.

“Saya yakin pasukan ini mampu meraih keputusan yang baik dalam perlumbaan nanti,” katanya.

Selepas mengalami masalah teknikal dengan jentera Suzukinya, juara bertahan Joan Mir hanya mampu melayakkan diri di petak ke-10.

Dalam kategori Moto2 pula penunggang Britain Sam Lowes mendominasi sesi kelayakan dan meraih petak pertama di hadapan Raul Fernandez dan Bo Bendsneyder.

Penunggang Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah hanya mampu melayakkan diri di petak ke-28 dari 29 penunggang.

Penunggang Petronas Sprinta Racing Darryn Binder dari Afrika Selatan akan bermula di petak hadapan selepas mencatat masa terpantas meninggalkan Izan Guevara, dan rakan sepasukan John McPhee di belakangnya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad