web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gol Penalti Helal Kecewakan Skuad Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 8:22AM

Pemain Malaysia nampak kesal dengan kekalahan menentang Bahrain selepas perlawanan semalam. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan sepakan penalti pemain gantian Abdulla Yusuf Helal pada penghujung perlawanan memusnahkan impian Malaysia mencipta kejutan ke atas Bahrain apabila tewas 2-1 pada aksi kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu, Helal menjaringkan gol kemenangan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81 yang diberikan pengadil dari Tajikistan Sadullo Gulmurodi selepas penjaga gol Mohd Farizal Marlias menjatuhkan Ali Jaafar Madan dalam kotak penalti.

Terdahulu, pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh membuka tirai jaringan buat Malaysia pada minit ke-55 sebelum Ali Abdulla Haram menyamakan kedudukan buat Bahrain dua minit berselang.

Beraksi di depan lebih 63,000 penyokong, Malaysia ternyata lebih mendominasi 45 minit pertama permainan dengan beberapa siri serangan sementara benteng pertahanan Bahrain bekerja keras menyerap asakan demi asakan skuad Harimau Malaya.

Kim Pan Gon
Kim Pan Gon

Pasukan negara tidak menunggu lama untuk memberikan amaran seawal minit kelima apabila hantaran jauh Ahmad Khuzaimi Piee tepat ke kaki Junior Eldstal tetapi beliau lambat menolak bola menyaksikan penjaga gol Sayed Mohammed Abbas bertindak menyelamatkan keadaan.

Malaysia terus melancarkan serangan berbahaya dengan penyerang, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, Darren Lok dan Junior masing-masing mempunyai peluang untuk meletakkan Malaysia di depan dalam tempoh 15 minit pertama, namun Abbas cemerlang muncul watak penyelamat.

Peluang keemasan untuk Malaysia memecah kebuntuan hadir pada minit ke-31 menerusi pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang berjaya melepasi perangkap offside selepas menerima hantaran Mohamed Syamer Kutty Abba, namun rembatannya berjaya ditepis keluar Abbas.

Kebuntuan kedua-dua pasukan membuka tirai jaringan menyaksikan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan sebelum aksi menjadi lebih rancak pada babak kedua perlawanan.

Bahrain dibimbing Helio Sousa memulakan permainan dengan garang apabila terlebih dahulu menguji penjaga gol Mohd Farizal Marlias menerusi rembatan deras jarak jauh Komail Hasan Al-Aswad pada minit ke-46.

Bagaimanapun, satu gerakan serangan balas dicipta anak buah Kim Pan Gon berjaya membuahkan hasil untuk memecah kebuntuan selepas pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh berjaya menolak masuk bola hantaran lintang Ahmad Khuzaimi pada minit ke-55.

Tersentak dengan jaringan itu, Bahrain di ranking ke-89 dunia pantas menyamakan kedudukan hasil penyudah Ali Abdulla Haram yang memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan dari sebelah kanan untuk kembali meniup semangat pasukan.

Kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan, selain membawa masuk beberapa pemain gantian seperti Safiq Rahim, Guilherme de Paula, Syafiq Ahmad, Arif Aiman dan Safawi Rasid dalam usaha menguatkan jentera serangan, namun buntu menambah koleksi jaringan sehingga sepakan penalti diberikan yang menjadi pemisah pada malam ini.

Kemenangan Bahrain menyaksikan mereka mengumpul enam mata di kedudukan teratas Kumpulan E manakala Malaysia dan Turkmenistan masing-masing berkongsi tiga mata di tempat kedua dan ketiga sementara Bangladesh tercorot tanpa sebarang mata.

Bagi menghidupkan peluang ke Piala Asia, Malaysia berdepan misi wajib menang ke atas Bangladesh pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional, Selasa depan sementara Bahrain pula akan menentang Turkmenistan di venue sama pada hari yang sama.

Mohamadou Sumareh (tengah) membuka jaringan buat Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Mohamadou Sumareh (tengah) membuka jaringan buat Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Sementara itu, Pan Gon berkata keadaan padang yang becak kerana hujan lebat menghalang anak-anak buahnya mempamerkan aksi yang lebih baik selain mengakui kesilapan dilakukan pemain kebangsaan memberikan impak kepada keputusan perlawanan.

“Perlawanan ini penting untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata, kami menjaringkan gol dahulu kami boleh berada di tangga teratas kumpulan , kami perlu bangkit segera untuk memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya.

“Perlawanan seterusnya amat penting buat kami, kami perlu dapatkan tiga mata untuk menduduki tempat kedua kumpulan atau siapa tahu apa yang akan berlaku dalam perlawanan antara Bahrain dengan Turkmenistan, kami masih lagi ada peluang,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Sousa pula berkata beliau gembira pasukannya berjaya mengatasi tekanan dan keadaan padang untuk memperoleh tiga mata berharga dalam perlawanan dengan Malaysia yang disifatkan beliau bermain dengan baik sepanjang 90 minit permainan.

“Saya amat berterima kasih kepada pemain-pemain saya, mereka hebat, sukar dibayangkan mereka amat bersemangat dan komited kepada negara mereka, pasukan Bahrain, penyokong Bahrain apa yang mereka lakukan adalah luar biasa.

“Malaysia adalah sebuah pasukan yang baik, pasukan yang kuat, ranking semasa Malaysia tidak menunjukkan kualiti pasukan dan pemain yang ada pada masa ini, dan kami berjuang dengan apa yang kami ada dan saya rasa kami berhak untuk menang dan ia penting buat kami,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar