Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


All-England Sudah, Piala Thomas Bila Pula?

Sukan memang menyatukan dan membangkitkan semangat kita sebagai rakyat Malaysia. Tetapi kita perlu ketepikan perseteruan dalaman dan kepentingan politik dahulu.

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 9:00AM

Gambar: AFP / Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Badminton memang menyatukan, bukan? Lihat sahaja warganet yang sama-sama menonton kemenangan Lee Zii Jia di kejohanan badminton All-England minggu lepas, bukan sahaja kita yang resah menunggu detik kemenangan, malah ia juga dikongsi bersama dengan si comel.

Syukur, dengan 3-set, kejuaraan All England milik anak muda dari Kedah ini. Yang paling tdak dapat dilupakan, tentulah kemenangan 30-29 pada set pertama, iaitu maksima markah deuce yang dibenarkan dalam perlawanan. Jangan kata anak Malaysia ini tidak berjuang habisan!

Sukan badminton memang dekat di hati rakyat Malaysia. Walaupun bola sepak mungkin sukan yang paling banyak ditonton oleh orang ramai, dari segi kejayaan di peringkat antarabangsa, jelas badminton jauh di hadapan.

Dalam setiap era sukan ini, pastinya ada nama sekurang-kurangnya seorang pemain badminton Malaysia yang apabila disebut, sangat digeruni oleh pihak lawan.

Memori kita tentang kehebatan Lee Chong Wei masih segar, tetapi Chong Wei adalah penyambung tradisi kehebatan pemain seperti adik-beradik Sidek, Foo Kok Keong, Punch Gunalan dan Tan Aik Huang.

Pada pertengahan dekad 2010-an, walaupun Lee Chong Wei masih di kemuncak, rakyat Malaysia tertanya-tanya siapakah yang bakal mewarisi takhta yang beliau duduki.

Beberapa pemain muda menjengukkan muka ke atas gelanggang, tetapi belum ada pemain yang mampu mempamerkan mutu permainan yang konsisten, terutamanya dalam acara perseorangan lelaki.

Apakah Lee Zii Jia bakal menjadi pemain yang menggegarkan dunia dalam era seterusnya? Seperti penulis, tentunya ramai rakyat Malaysia berharap begitu.

Kejayaan beliau di All England datang pada usia 22 tahun, sekitar usia yang sama di mana Chong Wei juga mula menjuarai kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Gaya permainan beliau di atas gelanggang tampak yakin dan dalam menentang juara bertahan Viktor Axelsen, Zii Jia mempamerkan kekuatan mental yang jarang kita dapat saksikan di kalangan pemain negara.

Walaupun Kejohanan All-England tahun ini tidak dihadiri pemain dari China dan dibelenggu kontroversi pembatalan penyertaan pasukan Indonesia yang terpaksa dikuarantin kerana kes COVID-19, kejayaan Zii Jia tidak boleh diperlekehkan.

Dalam perjalanan beliau ke perlawanan akhir, Zii Jia juga menewaskan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dalam dua set pada perlawanan suku akhir.

Yang pasti kita mahu saksikan kejayaan Zii Jia berterusan dan tidak terhenti di sini. Tetapi, saya rasa yang lebih diimpikan oleh peminat badminton negara ialah kelahiran bukan sahaja seorang wira negara baharu, tetapi kemunculan sebuah pasukan badminton yang mantap.

Rata-rata kita masih memperkatakan tentang kehebatan pasukan juara Piala Thomas 1992. Di kalangan kita yang berusia lewat 30-an ke atas, setiap kali kejohanan ini muncul, kita akan bertanya, di manakah anda pada malam magis itu pada tahun 1992?

Malangnya generasi muda kita tidak ada kenangan sukan sebegitu dan dengan adanya pemain yang mampu mendominasi pentas dunia seperti Lee Chong Wei dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, kenapakah kita tidak mampu melahirkan pemain-pemain lain yang setaraf?

Bukannya tidak ada pemain beregu serta pemain wanita perseorangan dan beregu yang mampu mempamerkan prestasi yang membanggakan di pentas dunia.

Namun, dari segi konsistensi dan dominasi sebagai sebuah negara, kita terlalu jauh dari negara-negara lain seperti Indonesia dan China.

Kenapakah kita hanya mampu ada seorang atau satu pasangan beregu sahaja yang boleh berjaya pada satu-satu masa?

Kenapakah kita tidak mampu ada pasukan yang mantap, yang sering berentap dan memenuhi tempat-tempat teratas kejohanan-kejohanan dunia saban tahun?

Kehebatan Indonesia dan China dalam melahirkan pemain bermutu tinggi dalam semua acara memang tidak dapat kita sangkal dan telah menjadi tradisi bagi mereka di mana setiap satu juara itu ada pelapisnya yang sedia menanti.

Namun pada perlawanan akhir All-England minggu lalu, Jepun juga kelihatan mengikut tradisi ini.

(Sumber: Tournament Software)

Dari lima acara, hanya satu tidak ada wakil dari negara Jepun dan tiga acara menyaksikan pemain Jepun menentang seteru senegara.

Ya, kita akur bahawa China dan Indonesia tidak turut serta, tapi banyak lagi negara lain yang menghantar pemain berwibawa - kenapa Jepun mampu mendominasi?

Kehebatan Jepun sebagai sebuah pasukan sudah kita rasai padahnya pada kejohanan Piala Thomas 2014. Kita sudah tahu, dengan barisan sehebat itu, pastinya tidak lama kemudian mereka akan dapat mendominasi pentas dunia.

Kita lihat hari ini dalam ranking BWF untuk setiap acara ada pemain Jepun yang menduduki sekurang-kurangnya tempat lima teratas.

Sebagai bandingan, Malaysia ada pemain dalam kedudukan sepuluh teratas (tiada lima teratas) dalam 3 dari 5 acara.

Apa formula Jepun? Apakah sistem yang mereka ada yang dapat menghasilkan juara?

Bolehkah dan mahukah kita gunapakai apa yang sesuai dalam usaha kita menampilkan pemain bertaraf dunia dalam kesemua acara?

Sukan sebenarnya memang mampu menyatukan. Ia boleh menaikkan semangat rakyat, terutama dalam usaha kita membina semula negara yang dibelenggu kemurungan dalam era pandemik COVID-19 ini.

Dalam banyak-banyak sukan, memang badmintonlah yang kita paling gah di arena antarabangsa.

Kita perlu ketepikan perseteruan dalaman dan kepentingan politik seraya kembalikan kegemilangan kita.

Dari segi ini juga, pastinya Malaysia Boleh, kan? - Getaran, 27 Mac 2021

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Zii Jia Bakal Terima Bayaran 'Hak Imej' Untuk Piala Thomas

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 12 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 13 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki