web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Kembali ‘Mengaum’ Di Bukit Jalil, Benam Brunei 4-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 8:37AM

De Paula Lucrecio (kiri), Mohamad Faisal (tengah) dan Muhammad Safawi (kanan) meraikan kemenangan Malaysia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah lebih dua tahun, ‘ngauman’ Harimau Malaya kembali bergema di stadium keramat, Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas ‘membaham’ Brunei 4-0, dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, semalam.

Malaysia yang mendominasi perlawanan sejak minit pertama, membuka tirai jaringan apabila tandukan penyerang Muhammad Syafiq Ahmad menggegar jaring pada minit ke-16, selepas memanfaatkan sepakan sudut dari sebelah kiri oleh V Ruventhiran.

Anak buah pengendali dari Korea Selatan Kim Pan Gon, yang kerap melakukan hantaran pendek, hampir menambah jaringan pada minit ke-31, namun sepakan gunting Muhammad Syafiq ditepis penjaga gol Brunei Muhammad Haimie Abdullah Nyaring, pada minit ke-41.

Gerakan menarik satu-dua dimulakan oleh pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim berjaya memerangkap Brunei, apabila Muhammad Syamer Kutty Abba melepaskan sepakan leret untuk menjadikan Malaysia selesa di depan 2-0, pada minit pertama masa kecederaan separuh masa pertama.

Percaturan Pan Gon membawa masuk beberapa pemain seperti Dominic Tan, Muhammad Safawi Rasid, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, serta dua pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi membuahkan hasil, apabila Malaysia tampil lebih garang berbanding separuh masa pertama.

De Paula hampir menjaringkan gol, namun tandukannya gagal menepati sasaran selepas menerima hantaran silang dari Ruventhiran pada minit ke-47 sebelum pemain kelahiran Brazil itu membuka ruang buat Mohamad Faisal menjaringkan gol ketiga, menerusi sepakan padu dari jarak dekat pada minit ke-58.

Bagaimanapun, De Paula menebus kesilapannya apabila tenang menyumbat masuk sepakan penalti pada minit ke-83, yang seterusnya menggamatkan sorakan hampir 10,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Brunei hampir memperoleh gol sagu hati namun sepakan pemain gantian, Abd Azizi Ali Rahman tepat ke dakapan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid di penghujung perlawanan dan kedudukan 4-0 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.

Kali terakhir Harimau Malaya beraksi di hadapan penyokong sendiri adalah pada November 2019 di sini, sewaktu menewaskan Indonesia 2-0, dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia akan meneruskan aksi pemanas badan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, menentang Hong Kong, Rabu ini (1 Jun).

Harimau Malaya bakal berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) pada aksi Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar