web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kem Memanah Akhiri Cabaran Di Hanoi Dengan 2 Emas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 6:00PM

Juwaidi membawa pulang dua emas daripada Sukan SEA Hanoi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Penantian skuad memanah kebangsaan menuai pingat emas pada Sukan SEA ke-31, berakhir selepas gandingan Mohd Juwaidi Mazuki-Fatin Nurfatehah Mat Salleh mendominasi saingan final compound berpasukan campuran, mengatasi pasangan Filipina di sini, hari ini.

Pada aksi penentuan pingat emas di lapang sasar memanah di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi di sini, Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah yang merupakan pemanah berpengalaman negara melakar kemenangan tipis 151-150, ke atas Paul Marton Santos Dela Cruz-Jennifer Dy Chan.

Gangsa diraih gandingan Sirapop Chainak-Kanyavee Maneesombatkul dari Thailand.

Sejurus menghadiahkan kejayaan bermakna kepada kem negara, Mohd Juwaidi menggondol emas keduanya di temasya sukan dwitahunan itu, dalam acara compound individu lelaki.

Beliau dengan bergaya menewaskan Sirapop 147-142 yang terpaksa berpuas hati meraih perak sementara gangsa dimenangi seorang lagi wakil negara Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli selepas mengatasi pemanah tuan rumah Nguyen Van Day 146-143.

Terdahulu, Mohd Juwaidi, Alang Ariff dan Wong Co Wan terpaksa berpuas hati meraih perak dalam acara berpasukan lelaki, sementara trio wanita negara dibarisi Fatin Nurfatehah, Iman Aisyah Norazam dan P Kayalvhily membawa pulang gangsa acara berpasukan.

Sebagai rekod pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Malaysia tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat dalam acara berpasukan campuran dan individu lelaki.

Dengan sukan memanah menutup tirai saingan hari ini, skuad memanah kebangsaan menamatkan cabaran di Hanoi dengan mengumpul keseluruhan dua emas, dua perak dan lima gangsa, selepas memungut satu perak dan tiga gangsa dalam saingan recurve. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Khairul Anuar Tekad Bangkit Semula Di Hangzhou

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohd Juwaidi Selangkah Ke Final Piala Dunia Memanah Di Antalya

3

TARA 3 tahun yang lalu

Festival Permainan Malaysia Suburkan Semangat Hidup Bermasyarakat - Nancy

4

Jelajah 3 tahun yang lalu

Ambil Peluang Jalin Kerjasama Dengan ITC, Tingkatkan Pelancong Luar - Nancy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad