web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 2:44PM

Norza Zakaria - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) memilih Malaysia sebagai tuan rumah edisi ke-34 Sukan SEA 2027.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli majlis SEAGF pada mesyuarat yang berlangsung di sini hari ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SEAGF atas kepercayaan mereka kepada MOM untuk menganjurkan temasya Sukan SEA.

“MOM akan membuat janji temu untuk memaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu apabila kembali ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ini adalah kali ketujuh Malaysia diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah temasya itu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

Pada 1965 dan 1971 temasya itu dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) dan hanya pada 1977 ia mula dikenali sebagai Sukan SEA.

MOM pernah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 pada tahun lepas, berikutan penarikan diri Brunei.

Temasya Sukan SEA ke-31, yang ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kini dianjurkan di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 25 Mei.

Kemboja dijadualkan menjadi tuan rumah buat julung kalinya tahun depan pada 5 hingga 16 Mei manakala Thailand pula bakal menjadi penganjur pada edisi 2025. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Sebelum Buat Keputusan Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 - PM

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Pesuruhjaya Sukan Ancam Batal Pendaftaran, MOM Kemuka Bantahan Rasmi Kepada Hannah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan UK, Ireland Tuan Rumah Euro 2028 Diumum Secara Rasmi Selasa 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar