web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pandelela-Dhabitah Pastikan Semua Emas Terjun Milik Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 8:09PM

Pandelela dan Nur Dhabitah beraksi pada acara akhir 10 Meter platform seirama wanita pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh Water Sports Stadium hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Kem terjun Malaysia membuktikan kehandalan mereka selepas menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang ditawarkan sukan itu di Sukan SEA ke-31 di sini.

Dalam acara terakhir hari ini, atlet terjun kesayangan negara Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri melengkapkan kemenangan Malaysia apabila mengungguli 10 meter (m) platform seirama wanita di Aquatic Sports Palace.

Gandingan itu mengumpul 292.14 mata selepas melengkapkan lima terjunan bagi merangkul emas kesembilan Malaysia di Hanoi, manakala pasangan kembar dari Singapura Ong Sze En-Ong Rei En membawa pulang perak dengan 225.42 mata.

Wakil tuan rumah Bui Thị Hong Giang-Mai Hong Hanh mencatatkan 185.25 mata di tempat ketiga, bagaimanapun tiada pingat gangsa diberikan memandangkan hanya tiga pasangan tersebut mengambil bahagian.

Nur Dhabitah, yang juga pembawa Jalur Gemilang, merupakan pemenang emas sulung negara di temasya tersebut menerusi acara 1m papan anjal Ahad lepas.

Terdahulu dalam acara 3m papan anjal lelaki, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim meraih tempat pertama dan kedua bagi Malaysia. 

Emas turut disumbangkan oleh Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang dalam 3m papan anjal seirama lelaki, Tze Liang (1m papan anjal), Ng Yan Yee-Ong Ker Ying (3m papan anjal seirama wanita), Yan Yee (3m papan anjal wanita) dan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya (10m papan anjal seirama lelaki). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Pandelela Pilih Berlatih Secara Bijak Buru Slot Ke Olimpik Paris

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Puluhan Maut Kebakaran Pangsapuri Di Hanoi, Vietnam

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad