web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Uber: Malaysia Atasi Mesir 5-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 8:08AM

Myisha memberikan mata pertama Malaysia menentang Mesir. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Skuad wanita Malaysia menamatkan cabaran mereka dalam Pusingan Akhir Piala Uber 2022 dengan menewaskan Mesir 5-0, perlawanan terakhir Kumpulan C di Impact Arena di sini, semalam.

Malaysia yang gagal mara ke suku akhir berikutan kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan pertama kumpulan sebelum ini, tidak menurunkan pemain utama seperti S Kisona, Goh Jin Wei dan beregu utama, Pearly Tan-M Thinaah dalam perlawanan hari ini.

Juara Siri Antarabangsa Belanda 2022, Myisha Mohd Khairul meraih mata pertama untuk Malaysia apabila mengalahkan Doha Hany pada set pertama dengan kemenangan 21-5 tetapi ditentang hebat oleh pemain Mesir itu pada set kedua sebelum pemain dari Johor itu menamatkan aksi dengan kemenangan tipis 21-19.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Myisha berkata dia boleh bermain dengan lebih baik pada set kedua sekiranya dia berjaya mengawal angin yang kuat di dalam venue yang menjejaskan aksinya pada set terakhir menentang Doha.

“Saya rasa saya dah dapat rentak bermain dan harap dapat kekalkan momentum selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini, hari ini.

Pemain berusia 18 tahun, Tan Zhing Yi pula mempamerkan corak permainan yang baik untuk memberikan mata kedua kepada Malaysia selepas dia menewaskan Nour Ahmed Youssri, 21-12, 21-14.

Malaysia kemudian melebarkan kedudukan menerusi Chan Wen Tse, walaupun pemain ranking 276 dunia itu ditentang hebat oleh pemain ranking 292 dunia Hana Tarek Zaher, 21-16, 21-16 dalam pertarungan selama 31 minit.

Dua beregu wanita negara, Low Yeen Yuan-Valeree Siow dan Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing berjaya menewaskan lawan masing-masing, Jana Ashraf-Jana Hesham Mohamed Abdelkader dan Nour-Hana Tarek.

Yeen Yuan-Valeree meraih mata keempat berikutan kekalahan straight set, 21-6, 21-10 Jana Ashraf-Jana Hesham manakala Anna-Mei Xing menumpaskan Nour-Hana Tarek 21-5, 21-4 untuk mengesahkan kedudukan Malaysia.

Valeree menyifatkan prestasi mereka adalah biasa selepas mengetahui hakikat bahawa lawan mereka sememangnya tiada tandingan bagi mereka manakala Yeen Yuan gembira melihat penampilan pertamanya dalam Piala Uber ternyata adalah baik dan berharap untuk lebih yakin pada edisi seterusnya di Chengdu, China, dua tahun dari sekarang.

Pasukan negara membuka kempen dengan kekalahan yang mengecewakan ke atas Denmark 2-3 Ahad lepas diikuti dengan satu lagi kekalahan kepada tuan rumah Thailand, 1-4 semalam, yang menamatkan misi mereka untuk layak ke suku akhir buat kali pertama sejak edisi 2010. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad