web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sepakan Penalti Selamatkan JDT Untuk Seri Dengan Perak FC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 7:42AM

Perak FC mengikat JDT 2-2 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi. Gambar - Facebook Perak FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan sepakan penalti Leandro Velazquez pada masa kecederaan babak kedua menyelamatkan maruah pendahulu Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) yang bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Perak FC 2-2 di Stadium Perak, Ipoh, malam ini.

Keputusan itu juga menafikan Perak FC untuk muncul sebagai pasukan pertama mengutip tiga mata berdepan JDT selepas skuad Harimau Selatan itu tidak pernah tewas dalam 16 perlawanan kempen Liga Super sejak Julai 2019.

Pemain naturalisasi terbaru negara Guilherme de Paula menamatkan kemarau gol dalam lima aksi apabila meledak dua gol masing-masing pada minit ke-34 dan minit ke-59 untuk memberikan keceriaan kepada pasukan tuan rumah.

Namun, dengan status juara bertahan JDT enggan menyerah kalah apabila bangkit memperkemaskan permainan sebelum pemain gantian Muhammad Akhyar Abdul Rashid meledak gol pertamanya musim ini untuk mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-75.

Seakan kemenangan berpihak Perak FC, masa tambahan selama enam minit dimanfaatkan sepenuhnya JDT dengan mengasak kubu pertahanan lawan sebelum pemain pertahanan Muhammad Rafiuddin Roddin tertampan bola menggunakan tangan dalam kawasan kotak penalti.

Pada masa sama, Terengganu FC (TFC) dikejutkan dengan kekalahan 1-2 di tangan pasukan di zon penyingkiran Sabah FC yang juga merupakan kemenangan sulung skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto.

Pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pemain import Levy Madinda menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38 untuk membuka tirai jaringan Sabah FC sebelum giliran Sam Johnson mencetak nama sebagai penjaring empat minit berselang untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Gol sagu hati TFC dijaringkan Jordan Mintah pada minit ke-79 dan kini skuad bimbingan ketua jurulatih Mohd Nafuzi Mohd Zain hanya dipisahkan satu mata di belakang JDT yang mengumpul 11 mata.

Sementara itu, gol tunggal perlawanan D. Kugan memastikan Petaling Jaya City FC melakar kemenangan kedua musim ini selepas menewaskan Sri Pahang FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Negeri Sembilan FC terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengatasi Skuad Projek FAM-MSN 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sekali gus gah di puncak Liga Premier dengan mengutip 13 mata.

Dua gol Negeri Sembilan FC hadir pada babak kedua dengan Barathkumar Ramaloo meledak gol pembukaan pada minit ke-72 diikuti Alain Thierry Akono pada minit ke-85.

Manakala satu lagi aksi Liga Premier menyaksikan Sarawak United kekal di kedudukan kedua liga meskipun mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Terengganu FC II di Stadium Hang Jebat. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad