web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pearly-Thinaah Buat Kejutan Di Seluruh England

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 5:28PM

Pearly Tan (kiri) dan M Thinaah - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara Terbuka Switzerland Pearly Tan-M Thinaah dan perseorangan utama negara, Lee Zii Jia lepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England, awal pagi ini.

Meskipun membuat penampilan sulung dalam kejohanan itu, beregu wanita negara yang sedang meningkat naik Pearly-Thinaah mempamerkan aksi yang menakjubkan apabila mengejutkan pasangan di ranking kelapan dunia, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajonglai dari Thailand 21-17, 23-21 di Utilita Arena, Birmingham.

Mereka yang kini berada di ranking ke-22 dunia, akan berdepan tuan rumah Jessica Hopton-Jenny Moore, yang mendapat kemenangan percuma ke atas beregu Malaysia Teoh Mei Xing-Yap Ling, pada pusingan kedua, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

“Ini adalah kemenangan yang tidak dijangkakan. Kami yakin kepada kebolehan masing-masing dan berkomunikasi dengan baik di atas gelanggang. Ini adalah kejohanan Seluruh England pertama dan kami sangat teruja untuk bermain di sini. Kemenangan pada perlawanan pertama ini sangat penting buat kami,” kata Pearly.

Sementara itu, pemain di ranking ke-10 dunia Zii Jia mengetepikan Brian Yang dari Kanada 21-13, 21-10 dan akan berdepan pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus dalam siri Jelajah Dunia BWF Super 1000.

Beregu profesional negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga mempamerkan aksi terbaik mereka selepas menundukkan pasangan Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-11, 21-18.

Pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, yang membuat penampilan sulung sejak terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas Kejohanan Malaysia Master 2020 setahun yang lalu, menewaskan Parupalli Kashyap dari India 21-13, 22-20.

Terdahulu, permulaan kejohanan berprestij edisi ke-111 itu ditangguhkan selama lima jam selepas beberapa keputusan positif dan tidak konklusif ujian COVID-19.

Pasukan badminton Indonesia menarik diri daripada kejohanan itu berdasarkan pengesanan kontak selepas seorang penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dengan pasukan itu diuji positif. Pasukan itu perlu menjalani kuarantin selama 10 hari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad