web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hafizh Syahrin Sedia Harungi Cabaran Kejuaraan Motosikal Dunia Losail

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 7:09PM

Hafizh Syahrin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran termasuk isu kecederaan, namun pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah, sudah bersedia untuk ujian rasmi Kejuaraan Motosikal Dunia di Litar Losail, hujung minggu ini.

Pelumba berusia 26 tahun yang berlepas ke Qatar awal pagi tadi itu, bukan sahaja perlu membiasakan diri dengan pasukan NTS RW Racing GP yang baharu disertainya, tetapi juga masih bergelut dengan kecederaan urat belakang di bahagian pinggang, yang dialaminya sejak tiga hari lalu.

Hafizh Syahrin juga baru sahaja menjalani pembedahan pada awal Februari lalu untuk mengeluarkan plat besi di tangannya, sejak kemalangan di Grand Prix Valencia 2015.

“Kecederaan lama pun belum 100 peratus pulih, saya tidak tahu bila akan pulih sepenuhnya, masih ada sakit. Dan yang terbaru, urat di ‘lower back’ tertarik sehingga terpaksa jalan menggunakan tongkat, sehingga minta tukang urut datang urut, baru saya dapat berjalan seperti biasa.

“Tetapi masih rasa sengal-sengal sikit. Saya harap keadaan semakin pulih di Qatar dan persediaan dari segi mental dan fizikal pun semakin lama semakin baik,” katanya dalam audio yang dikongsi bersama media sebelum berlepas ke Qatar pada malam tadi.

Hafizh Syahrin akan menjalani ujian rasmi Moto2 di Losail pada Jumaat ini, sebelum membuka kempen musim 2021 dengan dua perlumbaan awal di litar sama, pada 28 Mac dan 4 April.

Bagaimanapun dia tidak meletakkan sasaran besar untuk musim ini kerana jentera (casis) NTS baharu, digunakan di saingan Moto2 sejak 2018, selain ini merupakan musim sulungnya bersama RW Racing selepas berlumba dengan Aspar Team musim lalu.

“Tetapi, kalau macam tiba-tiba perlumbaan ini saya berada di lima terbaik atau memberi saingan yang terbaik, itu adalah bonus untuk kita, tapi saya dan pasukan memang bersemangat dan bekerja keras.

“Ada beberapa bahagian casis motor itu, saya minta perbaiki sikit seperti pada bahagian tangki, dan pasukan memang buat dan telah maklumkan dengan saya, jadi saya memang tak sabar nak buat ujian ini walaupun saya masih belum 100 peratus baik, dengan keadaan sakit pinggang ini,” katanya.

Hafizh Syahrin sempat menguji jentera baharunya pada ujian musim sejuk di Litar Jerez, Sepanyol pada November lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Antara Qatar Dan Jordan, Siapa Bakal Bergelar Raja Asia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad