web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiger Woods Sambung Pemulihan Di Rumah Selepas Kemalangan

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 11:17AM

Woods berterima kasih kepada staf perubatan yang menjaganya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LOS ANGELES - Pemain golf terkemuka dunia, Tiger Woods dilaporkan sudah meninggalkan hospital dan kini menjalani proses pemulihan di rumah, selepas terbabit dalam kemalangan serius di Los Angeles, bulan lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di media sosial, beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital yang merawatnya berikutan kemalangan pada 23 Februari itu.

“Saya kini sedang berada di rumah untuk meneruskan proses pemulihan saya dan sangat bersyukur dengan sokongan yang diterima dari semua.

“Terima kasih kepada semua pakar bedah, doktor, jururawat dan staf di Pusat Perubatan Harbor-UCLA dan Pusat Perubatan Cedars-Sinai.

“Kamu semua menjaga saya dengan baik dan tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan rasa terima kasih ini,” kata Woods dalam hantaran itu.

Woods mengalami kecederaan parah selepas keretanya terbabas dan terbalik beberapa kali dalam kemalangan tersebut.

Juara 15 kali kejohanan utama itu kemudian menjalani pembedahan panjang untuk memperbaiki bahagian bawah kaki kanan dan pergelangan kakinya yang hancur, membabitkan proses memasukkan sebatang besi di tulang tibia.

Turut digunakan adalah skru dan pin bagi menstabilkan sendi beliau. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran