web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Chelsea Tumpaskan Lille Tanpa Kelibat Lukaku

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 7:08AM

Pulisic meraikan gol kedua Chelsea menentang Lille. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Chelsea membuktikan mereka boleh menang tanpa Romelu Lukaku dengan Kai Havertz menjaringkan gol selepas menggantikan penyerang Belgium itu dalam kemenangan 2-0 Liga Juara-Juara Eropah menentang Lille awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Thomas Tuchel mengawal aksi timbal balik di Stamford Bridge itu selepas tandukan babak pertama Haverts ditambah dengan penyudah Christian Pulisic di babak kedua.

Juara bertahan itu dijangkakan melengkapkan kemaraan mereka ke peringkat suku akhir bila mereka bertandang ke Perancis untuk aksi kedua pada 16 Mac.

Kemenangan keenam berturut-turut Chelsea dalam semua pertandingan adalah petunjuk yang mereka mampu menang tanpa kelibat Lukaku dan bukan hanya isyarat yang mereka mampu untuk mempertahankan takhta semata-mata.

Lukaku hanya menjaringkan 10 gol sejak berpindah daripada Inter Milan ke Chelsea tahun lalu dengan yuran RM551 juta.

Beliau menerima bola hanya tujuh kali dalam kemenangan 1-0 Crystal Palace pada Sabtu lepas, jumlah terendah oleh seorang pemain Liga Perdana Inggeris sejak musim 2003-04.

Walaupun berang selepas dipersoalkan oleh Lukaku di khalayak ramai pada Disember, Tuchel tampak seperti memberi sokongan kepada penyerang itu, menegaskan masalah yang dihadapinya adalah lebih serius.

Tetapi dalam aksi awal pagi tadi Chelsea kelihatan lebih berbisa tanpa Lukaku dan persoalan sama ada Tuchel akan memberi kepercayaan kepada bintang Belgium itu dalam aksi final Piala Liga menentang Liverpool pada Ahad masih menjadi tanda tanya.

Sekurang-kurangnya Tuchel tahu yang Chelsea mempunyai kebolehan untuk membedil benteng pertahanan lawan.

“Saya amat gembira buat Kai. Dia sudah beraksi dengan baik untuk beberapa minggu. Dia telah menaikkan tahap persembahannya.

“Romelu bergelut untuk memberikan persembahan baik dalam perlawanan sebelum ini. Dia bukan sahaja penat secara fizikal, tetapi juga mental. Sebab itulah dia direhatkan.

“Hari ini kami mencuba pemain lain. Untuk hari Ahad pula kita mempunyai empat hari untuk berehat dan membuat keputusan siapa yang akan diturunkan,” kata Tuchel. - AFP

Keputusan lain:

Villarreal 1 Juventus 1

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Gol Vinicius Hancurkan Harapan Liverpool

3

Semasa 4 tahun yang lalu

2 Gol Lewat Rodrygo Musnah Impian Final Man City

4

Sukan 4 tahun yang lalu

City Bawa Kelebihan Tipis Ke Santiago Bernabeu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad