web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laos Tunjukkan Anak Buah Maloney Jalan Keluar

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 8:00AM

Para pemain Laos meraikan kejayaan menumpaskan Malaysia selepas tamat perlawanan. - Gambar dari Twitter AFF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menutup kempen Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja dengan keputusan memalukan selepas tersingkir seawal saingan kumpulan.

Lebih memeritkan, skuad bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney itu gagal mengutip sebarang mata untuk melangkah ke peringkat separuh akhir selepas tewas 2-0 kepada Laos pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Morodok Techo, malam tadi.

Pada aksi wajib menang itu, pasukan negara ternyata menampilkan persembahan hambar sepanjang 45 minit pertama dengan siri hantaran pendek kurang kemas, hantaran jauh tidak sampai, kekurangan idea dan pendekatan taktikal yang mengelirukan.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya pihak lawan untuk mengatur serangan berbahaya sebelum kapten pasukan Bounphachan Bounkong akhirnya meletakkan Laos di depan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-43.

Bounkong turut berpeluang meledak gol lebih awal, namun dua percubaan berbahayanya masing-masing seawal minit ketujuh dan ke-31 berjaya diselamatkan penjaga gol Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan beberapa pertukaran dilakukan Maloney, antaranya membawa masuk penyerang Azhad Harraz Azman dan Mohd Nureizkhan Isa Japar untuk mengubah corak permainan pasukan negara menjadi lebih menarik dan segar, namun mereka masih gagal menghadirkan percubaan berbahaya.

Sebaliknya Laos yang tenang menyerap tekanan, bijak mengambil peluang untuk menggandakan kedudukan pada minit ke-86 menerusi pemain gantian Souksakhone Bouaphaivanh, sekali gus mengesahkan kejayaan skuad kendalian Hans Michael Weiss.

Ia adalah kemenangan kedua Laos ke atas Malaysia pada saingan kumpulan selepas turut mengutip tiga mata dengan kejayaan 2-1 pada aksi pembukaan yang berlangsung di Stadium Prince, Jumaat lepas.

Bercakap dalam persidangan media secara dalam talian dari Phnom Penh, Maloney berkata para pemain berjaya menguasai permainan dalam banyak aspek, namun gagal untuk menjaringkan gol yang amat diperlukan.

“Jelas sekali kita perlu menang untuk melangkah ke peringkat berikutnya, namun kita gagal mencipta gol, walaupun banyak mengawal permainan.

“Kita gagal mencipta peluang untuk menjaringkan gol. Nampak jelas kita lemah di bahagian itu, sesuatu yang perlu ditangani,” katanya.

Sebagai rekod, saingan Kumpulan B hanya melibatkan Malaysia dan Laos, selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri daripada kejohanan berikutan penularan COVID-19 dalam pasukan.

Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

5 Terperangkap Dalam Gua Di Laos Ditemukan Selamat, Bersemangat Tinggi

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

3

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad