web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Apa Ni, Ref Kayu!”

Pengadil, pekerjaan yang sering mengundang 'makian.' Tetapi mampukah kita menjadi pengadil yang (hampir) sempurna?

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 8:45AM

Gambar: Adam Davy / POOL / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Insiden Jack Hindle menolak pengadil perlawanan Mohd Amirul Aizat Mohd Lodin ketika perlawanan antara Kelantan dan Perak II minggu lalu banyak menerjah rona fikiran penulis ketika menulis artikel ini.

Memang nampak Amirul berada di tempat yang kurang sesuai ketika itu, tetapi tindakan menolak dengan kasar seolah-olah nampak seperti tidak menghormati pengadil. (Hindle tidak dibuang padang ketika itu, tetapi insiden tersebut sedang diteliti oleh pihak FAM pada waktu artikel ini ditulis). 

Sumber: YouTube Channel Player 12 Warriors
Sumber: YouTube Channel Player 12 Warriors

Mungkin Hindle bertindak dalam keadaan tidak sedar pada ketika itu dan tidak tahu sama ada dia menolak pengadil atau pemain lain (dua-dua pun salah, rasanya. Masakan boleh menolak orang lain dengan begitu kasar dalam permainan.)

Namun, susulan komen peminat di laman media sosial banyak juga yang mencerca pengadil, membuatkan penulis terfikir, bukan perlu kental fizikal sahaja untuk menjadi pengadil, tetapi mental juga harus kuat!

Ya, dalam kita memerhatikan mutu permainan bintang-bintang kesayangan kita di atas padang, mutu pengadilan sesebuah perlawanan juga mempengaruhi kualiti keseronokan kita. Kekalahan pasti lebih perit apabila ia berkait dengan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah atau tersilap dari mata kita.

Hendak dikatakan kemenangan yang berbaur kontroversi pengadilan tidak semanis mana, mungkin kadang-kadang kurang tepat. Sebagai peminat, adakalanya kita lega sebab nasib baik menang macam mana sekalipun.

Kelakuan ekstrim peminat bola sepak akibat kemarahan kepada pengadil perlawanan baru-baru ini menyaksikan seorang pengadil berpengalaman di Liga Perdana Inggeris, Mike Dean, terpaksa membuat laporan polis akibat diugut bunuh melalui laman sosial media beliau.

Insiden tersebut berlaku selepas seorang pemain West Ham United, Tomas Soucek, dibuang padang pada masa kecederaan setelah menyiku pemain lawan dari Fulham, Aleksandar Mitrovic.

Pasca perlawanan, rayuan West Ham United tentang kad merah Soucek diterima dan ia ditarik balik, menyebabkan keputusan Dean lebih dipersoalkan.

Tetapi bukan sahaja peminat yang kadang-kadang berkelakuan melampau--  para pemain juga ada yang sama ‘naik’. Pemain Atletico Madrid, Diego Costa, pernah digantung lapan perlawanan akibat membantah keputusan pengadil dengan menggunakan kekasaran pada tahun 2019. 

Diego Costa bersama pengadil Gil Manzano sebelum mendapat kad merah. Gambar: LLUIS GENE / AFP
Diego Costa bersama pengadil Gil Manzano sebelum mendapat kad merah. Gambar: LLUIS GENE / AFP

Tentunya ini bukan kontroversi pertama dan terakhir yang melibatkan pengadil dan mutu pengadilan dalam bola sepak. Menjadi mangsa cacian seolah-olah sebahagian dari lumrah hidup mereka.

Seorang penyelidik psikologi pengadil, Dr. Dara Mojtahedi, melaporkan 64% pengadil perlawanan mengalami herdikan dan cacian serta 36% mengalami ugutan dan ancaman. Berbaloikah menjadi pengadil?

Untuk menjadi pengadil perlawanan, bukanlah semudah hanya mengetahui peraturan permainan. Ada kursus yang perlu dihadiri dan berbagai peringkat kelulusan yang membolehkan seseorang pengadil itu mengadili permainan berbagai peringkat.

Juga ada jurusan untuk menjadi pengadil profesional yang disediakan oleh FAM. Pengadil juga boleh mengambil pengkhususan tertentu, seperti pengadil futsal atau pengadil bola sepak pantai. 

Pengadil Malaysia ada yang tersenarai dalam Senarai Pengadil FIFA di peringkat antarabangsa, bermakna mereka memiliki mutu pengadilan yang tinggi.

Pada tahun 2021, seramai 19 orang pengadil dari Malaysia tersenarai - 5 pengadil, 9 penolong pengadil (termasuk seorang wanita), 3 pengadil futsal dan 2 pengadil bola sepak pantai.

Pada tahun 2020, sebanyak 20 orang pengadil tersenarai termasuk seorang pengadil wanita, Rita Gani. Ini menunjukkan pengadil dari Malaysia memang ‘Boleh’, tetapi bagaimana pula dengan mutu pengadilan di peringkat MFL dan pengadil-pengadil lain yang mungkin tidak menerima pengiktirafan FIFA? 

Pengadil sebenarnya tidak boleh bertindak sesuka hati - ada sistem yang tersedia di mana mutu pengadilan perlawanan diselia. Contohnya di Malaysia, Pegawai Penilai Pengadil memberi laporan selepas setiap perlawanan dan tindakan boleh diambil sekiranya didapati pengadil tidak memberikan persembahan yang baik.

Pada tahun 2020, lapan orang pengadil dikenakan hukuman oleh FAM di mana 4 orang daripada mereka digantung kerana mutu pengadilan yang kurang memuaskan. 

Jadi bagaimanakah kita mahu mengurangkan keputusan kontroversi dari pengadil? Atau, adakah kita mahukan ia berkurangan pun? Bagi sesetengah peminat bola sepak, ketidaktentuan dan risiko inilah yang menjadikan sukan itu seronok, ada unsur ‘thrill’ dan boleh menjana emosi yang pelbagai.

Pada mereka yang lebih sukakan ketepatan, kehadiran VAR sebagai alat bantuan pengadil pada mulanya disambut baik, namun seperti mana yang kita lihat dalam kes Mike Dean, ia masih tidak dapat menjamin keputusan 100% baik dapat dilakukan. Para peminat juga tidak gemar kelancaran permainan terganggu oleh teknologi baru itu. 

Dalam memastikan kelancaran permainanlah tugas seorang pengadil itu sukar.

Hanya berbekalkan deria yang sama dengan orang lain, dia perlu melihat semua benda, membuat penilaian sepantas kilat. Dan dengan maklumat yang kadangkala terbatas dek hakikat yang dia juga manusia, tidak dapat melihat dari pelbagai sudut secara serentak dan tidak dapat menilai hasrat di hati pemain yang melakukan kekasaran sama ada sengaja atau tidak.

Bekas pengadil antarabangsa, Amir Sharifuddin Wong, memberi sedikit gambaran tentang bagaimana pengadil membuat keputusan dan apa yang perlu dilakukan jika tersilap dalam coretan di laman Facebook. 

Sesungguhnya kita di tempat peminat mungkin tidak dapat sepenuhnya memahami dan empati dengan tugas pengadil, tetapi mereka tetap patut dihormati, termasuk juga oleh pemain.

Jika hendak dibandingkan dengan sukan ragbi, di mana pemain tidak membantah keputusan pengadil malahan memanggil pengadil dengan gelaran ‘Sir’ sebagai tanda hormat, memang jauh berbeza dengan apa yang berlaku dalam bola sepak.

Sedikit sebanyak perlakuan pemain yang menjadi idola peminat cilik boleh mempengaruhi perlakuan mereka-- kalau idola pun kaya dengan cercaan terhadap pengadil, pasti ada yang akan meniru. 

Subkhiddin Mohd Salleh. Gambar fail.
Subkhiddin Mohd Salleh. Gambar fail.

Sebaliknya pula, ‘hormat’ itu tidak boleh datang secara otomatik kalau ianya tidak diperolehi melalui pembuktian bahawa pengadil itu berwibawa.

Bagaimana kita hendak membina kewibawaan ini di kalangan pengadil tempatan di mata para peminat, supaya tidak berlaku isu tidak yakin dengan mutu ‘homegrown talent kita sebaliknya gemarkan orang luar, seperti yang berlaku pada tahun 2019?

Benarkah pengadil kita tidak berwibawa, berat sebelah dan tidak terlatih? Atau adakah mereka sekadar manusia yang juga melakukan kesilapan?

Adakah sistem latihan, lantikan dan proses pengadilan serta kawal selia yang sedia ada tidak mencukupi? Atau kita kita sebagai peminat lantang mengkritik, tetapi kurang cakna dengan prosedur-prosedur yang ada?

Tidak mudah menjadi pengadil. Yang mudah, kita menjerit dan memarahi mereka dari tepi padang. (Penulis mengaku, di masa lampau, sendiri pernah menuturkan kata-kata seperti ‘ref kayu’ apabila tidak puas hati).

Tapi kalau disuruh sendiri jadi pengadil, mungkin tak ramai yang mahu, kan? - Getaran, 13 Mac 2021

Isu Pada

Nuansa Baharu Hip Hop

13 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad