web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TMJ: Kenapa Saya Nak Bazirkan Duit Di Luar Negara?

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 12:32PM

Tunku Ismail (tengah) sebelum ini menyatakan hasratnya untuk membeli Valencia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini tampil menafikan yang beliau berminat membeli kelab bola sepak Valencia dalam satu ciapan di akaun  Twitter miliknya awal pagi tadi.

Pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebelum ini memainkan peranan besar dalam transformasi kelab tersebut, sehingga berjaya menjuarai Liga Super tujuh kali berturut-turut.

“Pertamanya saya bukan ahli perniagaan.

“Kenapa saya nak buang duit berbelanja di luar negara?

“Sekiranya saya melakukannya, ia hanya untuk mencabar diri dan dalam projek yang saya percayai,” kata Tunku Ismail, yang juga dikenali sebagai TMJ.

Terdahulu laporan media tempatan melaporkan Tunku Ismail berminat membeli kelab La Liga Valencia, selepas memetik hantarannya di laman Instagram awal bulan ini.  

Tunku Ismail mengatakan yang kelab Sepanyol itu memerlukan seseorang yang “dahagakan kejayaan” sambil menambah, beliau terpanggil untuk “mencipta sejarah”.

“Saya ingin memperluas ‘empire’ saya, melebarkan sayap dan menempuh cabaran baharu,” tambah Tunku Ismail.   

Valencia dimiliki oleh Peter Lim, seorang jutawan dan ahli perniagaan dari Singapura yang berjiran dengan Johor.

Tetapi spekulasi itu telah dijawab oleh presiden Valencia, Anil Murthy, yang mengatakan juara La Liga enam kali itu bukan untuk dijual selepas berbincang dengan Lim. - Getaran, 11 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Rasmi Festival Perarakan Chingay 2024

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Safawi Rasid Bakal Kembali Ke JDT?

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad