web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zii Jia Tinggalkan BAM, Serah Surat 11 Januari - Mohamad Norza

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 7:59PM

Zii Jia memilih untuk meninggalkan BAM. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia telah membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergerak sebagai pemain profesional.

Juara All England 2021 yang kini menghuni ranking ketujuh dunia telah menghantar surat peletakan jawatan kepada badan induk itu pada 11 Januari lepas.

Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan perkara berkenaan dan berkata timbalannya Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos diberi mandat untuk mengumumkan keputusan mesyuarat Majlis BAM pada Isnin lepas dalam satu sidang media yang akan diadakan Jumaat ini.

Mohamad Norza berkata, beliau dan Setiausaha Agung BAM Kenny Goh yang juga pengerusi Kejurulatihan dan Latihan (C&T) mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemain berusia 23 tahun itu bagi memujuk untuk kekal bersama BAM namun Zii Jia tetap dengan pendiriannya.

“Selepas itulah kita membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis untuk dengar masalah yang kita hadapi ini, kerana Zii Jia adalah aset utama kita, tentu sahaja tidak ingin melihat masa depannya disia-siakan.

“Jadi setelah kita mendengar semua pihak, Majlis telah berbincang dan mengeluarkan satu keputusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata pihaknya jelas kecewa dengan keputusan Zii Jia selepas menjaga dan membantu pembinaan karier sejak berumur 13 tahun bagi merealisasikan hasratnya untuk menjadi seperti jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

“Beliau baru sahaja memenangi satu All England, seharusnya beliau fokus dan kekal pada BAM. Namun, beliau menyatakan bahawa beliau bukan Chong Wei, tidak boleh tahan tekanan, mahu mencapai apa yang diinginkan sendiri dengan ruang yang beliau mahu tanpa kekangan.

“Saya rasa beliau tidak ada masalah dari segi dalam BAM sendiri, kalau kita lihat Chong Wei, 19 tahun bersama BAM.

“Apabila sampai kemuncak prestasi sebagai pemain, BAM adalah tempat untuk teruskan karier untuk sampai nombor satu dunia atau legenda satu hari nanti. Tapi mungkin beliau mempunyai keutamaan lain.

“Jika kita masih mempunyai aspirasi untuk merealisasikan impian, kita bekerja keras, kerana itu adalah khidmat kita untuk negara. Kami (BAM) telah berjaya melahirkan pemain bertaraf dunia, itu adalah perasan ketara dalam diri kami,” katanya.

Zii Jia mengharungi musim 2021 dengan prestasi tidak konsisten bermula dengan persembahan hambar di tiga kejohanan di Thailand sebelum mencipta sensasi muncul juara All England pada Mac.

Beliau kemudiannya membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Tokyo yang menyaksikan pemain kelahiran Kedah itu tewas di tangan pemain China, Chen Long di pusingan 16 terbaik.

Selepas membantu skuad negara meraih gangsa Piala Sudirman, beliau kemudiannya berdepan masalah keletihan dan kecederaan dalam beberapa kejohanan disertai termasuk terpaksa menarik diri pada kejohanan Indonesia Master di Bali dan Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja