web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Berehat, Shebby

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 8:46PM

Orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendian Serbegeth Singh di pusat pembakaran mayat Shamshan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jasad bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh yang meninggal dunia Rabu lepas, selamat disemadikan mengikut adat dan tradisi masyarakat Punjabi di Shamshan Bhoomi Wake Hall, Jalan Loke Yew, di sini, hari ini.

Jasad Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebby yang dibawa dari Nirvana Memorial Center di Taman Nesa Skudai, Johor, pada 7.20 pagi tadi tiba di pusat pembakaran mayat itu pada pukul 11.30 pagi.

Suasana pilu ternyata menyelubungi pekarangan krematorium itu apabila ahli keluarga dan sahabat handai mendiang tidak dapat menahan kesedihan sejurus jasad Shebby yang diuruskan mengikut adat dan tradisi masyarakat Punjabi tiba di sini.

Bekas Pemain Kebangsaan Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Serbegeth Singh. - Gambar oleh Alif Omar
Bekas Pemain Kebangsaan Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Serbegeth Singh. - Gambar oleh Alif Omar

Terdahulu, mereka yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang juga merupakan tunjang utama pertahanan Kuala Lumpur pada era 80-an sebelum pengurusan jasadnya disempurnakan kira-kira pukul 3.57 petang.

Selain isteri mendiang, Harbans Kaur yang juga bekas pelari negara serta dua anaknya Natassha Kaur dan Sonuljit Singh, turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada figura bola sepak negara itu adalah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Turut hadir menziarahi adalah rakan seperjuangan mendiang iaitu legenda bola sepak negara Datuk Santokh Singh, bekas pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh, jurulatih Melaka United FC Zainal Abidin Hassan dan bekas pemain Kuala Lumpur T Gopinath Naidu.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Fazal Azumu memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Serbegeth Singh. - Gambar oleh Alif Omar
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Fazal Azumu memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Serbegeth Singh. - Gambar oleh Alif Omar

Sementara itu, Ahmad Faizal ketika ditemui pemberita berkata pemergian Shebby bukan sahaja diratapi seluruh peminat bola sepak tempatan zaman dahulu, malah generasi kini juga pastinya merindui pandangannya serta kritikannya terhadap sukan nombor satu negara itu.

“Saya telah menziarahi keluarganya dan bersyukur kerana semangat mereka begitu kuat, saya pasti mereka tentu bangga dengan pencapaian mendiang sepanjang hayatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin pula menyifatkan bekas rakan sepasukannya ketika mewakili Pahang pada 1991 dan 1992 serta skuad Harimau Malaya itu sebagai tokoh berjiwa besar serta sangat berdedikasi dalam bola sepak.

“Saya sangat terkejut dengan pemergiannya kerana mendiang sememangnya seorang yang sangat cergas. Selain itu, mendiang juga sering bertukar pendapat mengenai cara memajukan bola sepak negara setiap kali kami berhubung,” katanya.

Gopinath yang pernah satu pasukan bersama Shebby ketika beraksi untuk Kuala Lumpur pada 1993 dan 1994 pula menganggap Shebby sebagai ‘universiti bola sepak’ kerana pengetahuan luasnya terhadap sukan itu dan berbesar hati mengenali mendiang yang banyak berkongsi tips meningkatkan prestasinya dahulu.

Rabu lepas, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan Shebby meninggal dunia ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri, Johor kira-kira 7.30 malam.

Mendiang Serbegeth Singh disemadikan mengikut adat dan tradisi masyarakat Punjabi di Shamshan Bhoomi Wake Hall, Jalan Loke Yew, di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar
Mendiang Serbegeth Singh disemadikan mengikut adat dan tradisi masyarakat Punjabi di Shamshan Bhoomi Wake Hall, Jalan Loke Yew, di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Mendiang Shebby beraksi dalam skuad kebangsaan dari 1982 hingga 1991, serta pernah menyarung jersi negara dalam Kejohanan Sukan Asia 1982, 1986 dan 1990 selain membantu negara memenangi pingat emas di Sukan SEA 1989 Kuala Lumpur.

Selain itu, mendiang yang juga generasi emas skuad Kuala Lumpur ketika membantu pasukan itu memenangi hatrik Piala Malaysia dari 1987 hingga 1989 pernah beraksi bersama skuad bola sepak Negeri Sembilan dan Perak pada era 90-an.

Selepas bersara sebagai pemain, mendiang mencipta nama sebagai personaliti televisyen bermula 1997, termasuk untuk saluran Astro SuperSport, FoxSports serta ESPN Asia selain pernah berkhidmat sebagai Penasihat Global di Blackburn Rovers pada 2012 dan Penasihat Teknikal Johor Darul Ta’zim (JDT). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Politik 3 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad