web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Thailand Hampiri Kejuaraan Keenam

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Dec 2021 7:48AM

Chanathip (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Singapura malam tadi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Thailand berada di landasan terbaik untuk melakar sejarah tersendiri selepas mengatasi Indonesia 4-0 pada perlawanan akhir pertama Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020, malam tadi.

Thailand satu-satunya negara yang muncul juara sebanyak lima kali sekali gus menjadikan skuad Gajah Perang itu sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah Kejuaraan Piala AFF.

Pada aksi di Stadium Nasional Singapura, ketua pasukan Chanathip Songkrasin mempamerkan permainan berkelas tinggi dengan meledak dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.

Chanathip meletakkan skuad bimbingan Alexandre Polking di hadapan seawal minit kedua berpunca daripada gerakan berpasukan yang menarik dari sebelah kanan sebelum beliau melepaskan rembatan kaki kiri menewaskan penjaga gol Nadeo Argawinata.

Indonesia yang sesekali melancarkan serangan berbahaya mempunyai peluang keemasan menyamakan kedudukan namun Alfeandra Dewangga yang tidak dikawal dalam kotak penalti mensia-siakan peluang terhidang yang menyaksikan rembatannya dari jarak dekat melambung tinggi.

Keputusan 1-0 kekal berpihak kepada Thailand hingga separuh masa sebelum mereka kembali pada babak kedua dengan aksi lebih bertenaga apabila hanya memerlukan tujuh minit selepas rehat untuk menggandakan kedudukan menerusi gerakan menarik yang disudahkan oleh Chanathip pada minit ke-52.

Thailand terus menguasai padang dan kekal dengan tempo permainan pantas sebelum Supachok Sarachart berjaya meledak gol ketiga pasukan pada minit ke-67 hasil rembatan padu dari luar kotak penalti.

Situasi semakin parah buat Indonesia yang memburu kejuaraan sulung mereka pada kejohanan dwitahunan itu selepas dibolosi buat kali keempat yang menyaksikan Bordin Phala pula mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-83.

Keputusan itu menyaksikan Indonesia berdepan tugas getir pada perlawanan akhir kedua di venue sama Ahad ini manakala Thailand hanya selangkah untuk meraih gelaran juara buat kali keenam.

Thailand muncul juara sulung Piala AFF pada 1996 sebelum meraih empat lagi gelaran pada edisi 2000, 2002, 2014 dan 2016. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar