web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


City Benam Leicester, Buka Jurang 6 Mata Di Puncak Liga

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 8:49AM

Sterling meraikan gol keempat City. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester City membuka jurang enam mata di puncak Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan empat gol di babak pertama dalam kemenangan 6-3 ke atas Leicester.

Tiga daripada perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada Boxing Day ditangguhkan kerana penularan coronavirus ketiga Britain bergelut dengan penularan varian Omicron virus itu.

Terdahulu pada awal minggu ini, Liga Perdana Inggeris menolak pilihan untuk menghentikan musim buat seketika untuk menangani penularan COVID-19.

Dan menghentikan musim ini mungkin satu-satu cara untuk menghalang kemaraan City merangkul kejuaraan liga ke empat dalam lima musim. Anak buah Pep Guardiola kini sudah menang sembilan perlawanan liga berturut-turut.

Leicester tampak seperti terpinga-pinga selepas dibolosi empat gol dalam masa 25 minit, tetapi berjaya bangkit untuk keputusan 4-3.

Kevin De Bruyne, Riyad Mahrez, Ilkay Gundogan, Raheem Sterling menjaringkan kesemua gol City di babak pertama.

James Maddison memulakan kebangkitan babak kedua Leicester sebelum memberi umpanan buat Ademola Lookman untuk menjaringkan gol kedua The Foxes.

Kemudian Kelechi Iheanacho menjadikan kedudukan 4-3, dan pasukan tuan mula berasa cemas.

Tetapi City dengan pantas meredakan keadaan selepas Aymeric Laporte menjaringkan gol kelima City dan Sterling menjaringkan gol peribadi keduanya untuk melengkapkan hari baik buat kelab Manchester itu.

“Perlawanan ini seperti roller coaster.

“Ia adalah perlawanan tipikal Boxing Day, banyak gol yang dijaringkan.

“Ia amat menghiburkan buat semua yang menonton,” kata Guardiola. - AFP

Keputusan lain:

West Ham 2 Southampton 3

Tottenham 3 Crystal Palace 0

Norwich 0 Arsenal 5

Aston Villa 1 Chelsea 3

Brighton 2 Brentford 0

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

2

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Buka Saingan Musim Baharu Dengan Seri

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 26 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar