web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Singapura, Indonesia Terikat 1-1

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 8:32AM

Singapura dan Indonesia seri 1-1 pada saingan separuh akhir pertama perlawanan bola sepak Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura, malam tadi. - Gambar dari Facebook AFF Suzuki Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara empat kali Singapura bangkit menyamakan kedudukan untuk mengikat Indonesia 1-1 pada saingan separuh akhir pertama perlawanan bola sepak Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.

Skuad Garuda mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan yang disempurnakan oleh Witan Sualeman menerusi gerakan satu-dua dengan Asnawi Mangkualam pada minit ke-28.

Faris Ramli berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64 yang berjaya memperdaya pertahanan lawan dan berdepan penjaga gol Nadeo Argawinata namun percubaan jarak dekatnya melebar ke sebelah kiri pintu gol.

Skuad The Lions akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ikhsan Fandi yang dengan tenang menewaskan penjaga gol Indonesia pada kedudukan satu-lawan-satu pada minit ke-70.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan keputusan agregat selepas perlawanan separuh akhir kedua berlangsung Sabtu ini di venue sama.

Juara bertahan Vietnam akan berdepan Thailand dalam satu lagi pertemuan separuh akhir pertama esok, manakala separuh akhir kedua berlangsung pada Ahad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

2 Gol Fergus Bantu Harimau Muda Jinakkan Indonesia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya, Bukan Salah Pemain - Pan Gon 

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Thailand Ranap Impian Harimau Malaya Ke Final Piala AFF

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Piala AFF: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjut Sehingga 12.30 Tengah Malam

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad