web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Gol Fergus Bantu Harimau Muda Jinakkan Indonesia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 8:00AM

Malaysia menewaskan Indonesia 2-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) - gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua gol penyerang gantian Fergus Tierney membantu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan bangkit menewaskan juara Sukan SEA 2023, Indonesia 2-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), malam tadi.

Pada pertembungan di Stadium Rayong Provincial, Thailand itu, kedua-dua pasukan menampilkan aksi hambar apabila masing-masing hanya membuat satu percubaan tepat ke gawang sebelum Indonesia memanfaatkan kesilapan benteng pertahan pasukan negara untuk mendahului pada minit ke-29.

Gol pembukaan skuad Garuda Muda dijaringkan Muhammad Ramadhan Sananta yang melepasi perangkap ofsaid, menggelecek Saiful Jamaluddin yang tergelincir sebelum tenang melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan Muhammad Rahadiazli Rahalim.

Penjaga gol Terengganu FC berusia 22 tahun itu bagaimanapun bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan percuma pemain tengah Indonesia, Beckham Putra Nugraha pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Menyedari sesuatu perlu dilakukan, pengendali skuad Harimau Muda E. Elavarasan membuat beberapa pertukaran pemain antaranya memasukkan Fergus yang tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaan jurulatihnya apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas dijatuhkan pada minit ke-53.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) II berusia 20 tahun itu kemudian tenang menyempurnakan penalti seminit kemudian, menewaskan Ernando Ari Sutaryadi di gawang sekali gus menyamakan kedudukan buat Malaysia sebelum meletakkan pasukan di hadapan berselang  lapan minit kemudian.

Fergus meledak gol peribadi kedua berpunca gerakan serangan pasukan yang tersusun sebelum bola yang terkena kaki Kadek Arel Priyatna melantun tepat ke arah beliau yang tidak dikawal dalam kotak penalti untuk melepaskan rembatan menewaskan Ernando Ari buat kali kedua.

Selepas buntu menemui penyudah sepanjang 90 minit permainan, Muhammad Ramadhan terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol penyamaan apabila beliau yang tidak dikawal gagal menanduk kemas bola sepakan penjuru rakan sepasukan pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Tambahan masa lapan minit itu berjaya diharungi anak buah Elavarasan untuk mempertahankan kelebihan sekali gus mengutip tiga mata berharga menjelang aksi terakhir berdepan Timor Leste, Selasa depan.

Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan mengumpul tiga mata dalam memburu tempat ke separuh akhir yang hanya akan diisi juara setiap kumpulan bersama naib juara terbaik.

Kejohanan B-23 AFF 2023 yang berlangsung di Rayong, Thailand dari 17 sehingga 26 Ogos ini menyaksikan saingan Kumpulan A menghimpunkan pasukan tuan rumah, Kemboja, Brunei dan Myanmar sementara Kumpulan C dibarisi juara bertahan Vietnam, Filipina dan Laos.

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan itu adalah menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 51 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam